Tips - Kecantikan

Tambah Seri Wajah, Ni Sebab Kamu Kena Pakai Primer Walau Tak Mekap

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Tambah Seri Wajah, Ni Sebab Kamu Kena Pakai Primer Walau Tak Mekap

Mungkin ada di antara kita yang berpendapat jika tidak memakai sebarang mekap, kita tidak perlu mengenakan primer. Mesti ada yang pernah berfikir sebegini, kan? Baik mengaku…

Tahukah kamu selain mengenakan primer sebelum proses mekap, kamu juga boleh memakainya walau tidak mekap sekalipun. Bahkan kebaikan juga terjamin dan kulit muka bertambah sihat.

Tak setuju? Pakar sendiri menjelaskan manfaat yang kamu perolehi.

#1 Kulit Sentiasa Hidrasi

Kebanyakan primer didatangkan dalam formula berasaskan air yang mengandungi bahan-bahan pelembap seperti ekstrak botani atau aktif yang membantu melembutkan dan merapikan kulit. Hanya dengan satu aplikasi sahaja mampu menyegar serta melembapkan tekstur keseluruhan wajah.

Sebagai contoh, The Face Inc Primer Mist berfungsi untuk melicin, melembap dan mengetatkan kulit dalam hanya 15 saat dan memberikan rangsangan penghidratan segera. Dengan ekstrak botani dan campuran bahan semulajadi, ia memberikan kelembapan sepanjang hari.

Foto – Pinterest

#2 Berminyak Tiada Lagi

Primer boleh menjadi kunci untuk mendapatkan rupa bersinar yang tahan lama. Kebanyakan primer yang terhasil bertujuan untuk melembapkan kulit, menutup pori-pori dan meninggalkan kesan licin di kulit serta mengawal pengeluaran sebum. Ada juga yang mempunyai ciri-ciri antibakteria untuk membantu menjaga liang anda sebersihnya jika digunakan sekerap yang mungkin. 

#3 Lindungi Daripada Matahari

Walaupun diketahui sunblock adalah elemen penting dalam rutin penjagaan kulit untuk menghindari daripada matahari, tetapi kita boleh meningkatkan tahap perlindungan dengan suntikan primer yang mempunyai SPF. Ia boleh melindungi anda daripada tekanan alam sekitar, seterusnya dari kerosakan sel.

Foto – Health | HowStuffWorks

#4 Seri Di Wajah

Habiskan rutin penjagaan diri dengan moisturizer, sunblock je tidak memadai. Jadi, inilah masanya untuk primer bekerja, bagi mencerah dan melembapkan kulit. Di sini, anda akan menikmati cahaya yang kelihatan semulajadi tanpa memerlukan shimmers dan glitters.

Mula pakai primer sekarang ye!

BACA  Elok Ke Lakukan Pengelupasan Semasa Kulit Berjerawat?