Alangkah flawless rupa paras lelaki Jepun ini. Langsung tiada cela… Tapi tengok banyak kali nampak peliknya.
Masashi Kuwata, anak bekas pemain baseball profesional Jepun, Masumi Kuwata, mendapat perhatian dunia selepas transformasinya dari seorang lelaki biasa kepada anak patung hidup.
Masashi, yang kini dikenali dengan nama Matt Kuwata, telah mengejutkan netizen dengan transformasi dramatiknya yang sanggup mengubah diri menjadi boneka dengan rupa paras putih pucat, mata besar serta hidung mancung.
Membuat penampilan TV dengan berwajah baru, Matt menjelaskan transformasinya itu membantu dia lebih berkeyakinan dan berani berhadapan dengan orang ramai. Bila ditanya tentang penerimaan bapa, model 24 tahun itu masih mempunyai ikatan rapat malah bapa menerima segala keputusan dengan lapang dada.
Untuk mengekalkan penampilan, Matt berhabis untuk produk kosmetik, salon malah rawatan perubatan supaya dia kelihatan sempurna dan cantik bila berhadapan dengan orang.
Ada khabar angin Matt menjalani pembedahan plastik kerana perubahan ekstrem, tetapi menyangkal dakwaan tersebut dan tidak mahu memberi sebarang komen. Kamu rasa bagaimana, real atau fake ni?