Trend datang dan pergi tapi setengah stail kekal selamanya.
Selama bertahun-tahun Swarovski telah mencipta kepingan yang membawa status ikonik dan untuk koleksi musim bunga/panas 2019, Swarovski tampil dengan koleksi Iconic Swan.
Bukan koleksi biasa-biasa, Iconic Swan meraikan motif Swarovski dan mencerminkan ciri-ciri jenama seperti kecantikan, kesucian, kekuatan dan keanggunan. Walaupun masih kekal aspek tradisional dengan simbol angsa, koleksi Iconic Swan memberi suntikan segar dengan percikan warna merah jambu dan kristal Swarovski berkilauan yang menambah sentuhan bersinar ke gaya musim panas/bunga tahun ini.
Aspek minimalis koleksi Iconic Swan membuatkan ia akan kekal sepanjang zaman walau pelbagai trend datang.
Untuk info lanjut, boleh semak laman web rasmi www.swarovski.com.