Hiburan

“IT: Chapter 2” Berdurasi 3 Jam Tapi Tak Sebagus Sekual Pertamanya?

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
“IT: Chapter 2” Berdurasi 3 Jam Tapi Tak Sebagus Sekual Pertamanya?

Rumour has it! 

Khabarnya filem seram kegemaran ramai yang diadaptasi dari novel Stephan King mengetengahkan karakter badut berpuaka itu bakal berdurasi selama 3 jam untuk sekual keduanya yang dijangka tayang sekitar Julai 2019.

Menurut sumber, meskipun filem tersebut masih dalam proses pembikinan, katanya “IT: Chapter 2” bakal mendominasi carta teratas sebagai filem seram terpanjang.

BACA  Menangis Tengok Jet Peribadi Rapper Drake Bernilai Ratusan Jutaan Ringgit

Tambahan pula, sumber yang mungkin boleh dipercayai itu menyatakan bahawa “IT: Chapter 2” yang bakal menyaksikan latar di mana sekawan dari The Loser’s Club itu sudah dewasa dalam masa memiliki jalan cerita yang bagus cuma, ia tidaklah sebagus sekual pertamanya yang terdahulu.

Simbolik yang cuba ditonjol dalam sebuah foto memperlihatkan karakter kanak-kanak perempuan bernama Beverly Marsh lakonan Sophia Lillies dari The Loser’s Club memberi belon merah milik badut Pennywise kepada wataknya yang sudah dewasa, lakonan Jessica Chastain…

Walau bagaimanapun, semua pendapat ini adalah sekadar khabar angin. Maklum sahajalah, tak semua khabar angin itu betul kan? Sama-sama kita sabar menantikan pengumuman rasmi dari pihak produksi “It: Chapter 2”, untuk mengetahui lebih lanjut apakah jalan cerita sebenar sekual filem berkenaan dalam mencari identiti asal si badut Pennywise.

Tak sabar penulis nak tunggu tayangan trailer rasmi “IT: Chapter 2” yang mungkin boleh beri sedikit bayangan isi penceritaan yang bakal dipaparkan.

Sumber: Entertainment Weekly

SUMBER 1, 2, 3