Prada, Gucci, Balenciaga. Namakan sahaja, semua ada dalam wardrobe.
Orang kata selain bergambar menunjukkan outfit, ada juga yang sakan mahu menayang tas tangan koleksi peribadi. Ya, ada sejenis individu yang sebegini. Suka mengambil gambar diri dan beg tangan yang dipakainya di mana sahaja berada.
Pada sesiapa yang teringin mahu bergambar dengan beg tangan mahal dan panas dari butik mewah, cuba praktik beberapa gaya selebriti popular di bawah ini.
Candid ketika berjalan
Jangan sesekali pandang rendah pada magik ketika berjalan. Jika kena pada tempat dan persekitaran. Kenapa tidak snap gambar satu.
https://www.instagram.com/p/BtsBYWOnLdB/
Padankan dengan aksesori
Sebagai contoh, beg tangan jenis rotan dipadankan dengan bangle. Serius nampak cantik sangat.
Selimpang di bahu
Jika anda memakai beg jenis crossbody, pastikan ia terletak selesa di bahu ke pinggang dan ambil gambar detengan badan. Tapi kalau keseluruhan juga boleh, tengok mana yang sesuai.
https://www.instagram.com/p/BkXeEjLA6aA/
Timbulkan elemen kontra
Cuba pakai pakaian yang berbeza dengan beg anda untuk memberi kesan kontra.
https://www.instagram.com/p/Bh-rEdBh-ru/
Sambil duduk
Pastikan beg tangan kamu sentiasa akrab disamping. Orang kata benda mahal, mesti wajib dijaga dengan baik.
Di atas meja
Ambil contoh cara Jessica Jung bergambar sambil beg tangannya megah di atas meja. Barulah rasa bangga sikit.
Tadi kontra, sekarang sedondon
Lihat cara si Ameera Khan padankan outfit dengan beg tangan Balenciaga. Simple tapi on point sangat!
Disangkut pada pergelangan siku
Paling sesuai dengan beg tangan jenis tote. Contoh seperti Datin Eina Azman yang tak lekang dengan Hermes.
Sebenarnya macam-macam cara kamu boleh peragakan beg tangan ketika bergambar, asalkan tidak kelihatan kayu. Dan paling penting kamu happy dengan hasilnya.
Selamat Beramal!