Fesyen

Tas Tangan Carolina Herrera Yang Comel Ni Jadi Pilihan It Girl Di #NYFW

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Tas Tangan Carolina Herrera Yang Comel Ni Jadi Pilihan It Girl Di #NYFW

It’s Everywhere!

Sana – sini selebriti, it girl dan ramai penggiat fesyen ternama menyarungnya di bahu. Agaknya apa yang menarik dengan tas tangan dari rumah fesyen CH Carolina Herrera?

Dilihat di pertunjukan fesyen Carolina Herrera F/W 19, rata-rata tetamu selebriti dilihat menyarung tas tangan berbentuk kotak yang merupakan signature CH Carolina Herrera dari koleksi Insignia.

Koleksi Insignia

Yang menarik, koleksi Insignia merupakan inspirasi gelang tangan House of Herrera ke-35, yang menampilkan inisiatif CH tiga dimensi.

Berbentuk simetri dalam pelbagai warna, koleksi Insignia diramalkan berpotensi menjadi ‘It Bag’ untuk tahun ini kerana saiznya yang sangat praktikal – boleh digantung, dijadikan tote malah clutch dan sesuai digayakan dalam pelbagai upacara sama ada santai atau rasmi.

Selebriti Sakan Menggayakan Koleksi Insignia

Shailene Woodley

Foto – Arkib Wanista

Silvia Braz

Foto – Arkib Wanista

Marina Testino

Foto – Arkib Wanista

Doina Ciobanu

Foto – Arkib Wanista

Boleh tahan cantik, sesuai dibawa pergi melancong.