Giveaway

Wanista Nak Beri Tiket Wayang Filem Hantu “Hide & Seek Minako”

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Wanista Nak Beri Tiket Wayang Filem Hantu “Hide & Seek Minako”

Berlatarkan sebuah permainan ngeri yang benar-benar popular di Jepun sekitar 2007 dahulu, tahukah kamu ada antara ritual permainan ini benar-benar menjadi sehingga melibatkan gangguan emosi kepada si pemainnya?

Baru-baru ini, layar perak Indonesia sekali lagi menggegar netizen dengan kemunculan filem baharu mereka, mengisahkan sekawan yang kembali ke bangunan sekolah lama mereka untuk bermain permainan berpuaka “Hotori Kakurenbo”.

Tanpa mengetahui kekesalan yang bakal menimpa, permainan yang dianggap sebagai keraian reunion mereka itu dalam sekelip mata berubah tragis apabila ia menggunakan korban anak patung sebagai salah satu syarat untuk ritual permainan sembunyi-sembunyi berkenaan.

Tonton Trailer Seram “Hide & Seek Minako”

Akhirnya anak patung bernama MINAKO yang dipuja dan dijadikan korban permainan itu menghantui pemain bahkan setiap seorangnya ditimpa malang dahsyat sehingga ada yang meragut nyawa.

Tayangan Perdana “Hide & Seek Minako”

Tarikh: 25 Februari 2019 (Isnin)

Masa: 9.00 malam

Lokasi: TGV, 1 Utama

Lakonan bintang Regina Rengganis, Miller Khan, Nicky Tirta, Wendy Wilson, Natasha Goot dan Gandhi Fernando, sertai pengembaraan mereka dalam menamatkan permainan sembunyi-sembunyi ini dengan memenangi pas tayangan eksklusif filem “Hide & Seek Minako” secara percuma dengan menjawab satu soalan mudah seperti di bawah!

Foto -Arkib Wanista

Soalan:

Apakah nama anak patung yang dipaparkan dalam filem “Hide & Seek Minako”?

Syarat pernyataan:

1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom

2. Jawapan boleh dihantar ke alamat email submit@wanista.com dengan tajuk “Hide & Seek Minako”.

3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC dan Nombor Telefon Pintar.

4. Peraduan ini hanya sah dari 18 hingga 23 Februari 2019

5. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang beri jawapan paling tepat dan keputusan hakim adalah muktamad.

7. Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem “Hide & Seek Minako” pada (Isnin) 25 Februari 2019 dari jam 8.00 hingga 8.50 malam di TGV, 1 Utama.

Anak patung MINAKO. Sumber: Giphy

Nama pemenang akan diumum menerusi alamat email masing-masing selewat-lewatnya pada 24 Februari 2019. Cepat sertai giveaway Wanista sekarang! ❤️

BACA  Jawab Dan Menang Kupon Makanan The Chicken Rice Shop