Hiburan

Harga Cincin Tunang Katy Perry Dah Boleh Beli Rumah Banglo. Lihat Gambar!

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Harga Cincin Tunang Katy Perry Dah Boleh Beli Rumah Banglo. Lihat Gambar!

Penyanyi pujaan ramai Katy Perry dah bertunang!

Ya, pada yang tidak tahu tanggal 14 Februari 2019 lalu, Katy Perry mengumumkan sudah bertunang dengan kekasih hatinya, aktor Orlando Bloom (terkenal melalui watak Legolas dalam siri The Lord of the Rings).

Walaupun hanya berkongsi gambar mata sambil menayangkan sebentuk cincin berlian di laman Instagram, ternyata peminat teruja dengan berita itu.

View this post on Instagram

full bloom

A post shared by KATY PERRY (@katyperry) on

Sudah menjadi kelaziman, ramai ingin mengetahui kos cincin yang terletak di jari manis penyanyi 34 tahun itu.

Seorang pakar berkata pada E!, memberikan anggaran, “Cincin pertunangan Katy dianggarkan berharga dalam lingkungan $5 million (lebih RM20 juta).

“Tersergam indah dengan berlian berbentuk bujur berwarna merah jambu diapit pula lapan berlian putih dikelilingnya menjadikan ia sebentuk cincin bagaikan bunga mekar, satu rekaan yang one-of-a-kind dan amat berharga,” jelas Andrew Brown, presiden WP Diamonds.

Foto – Capital FM

Nilai cincin tunang gamaknya boleh membeli sebuah rumah banglo yang terletak di kawasan elit seperti Bangsar, Mont Kiara, Damansara.

Gigihnya Orlando ni kan… Apapun tahniah Katy dan Orlando!

RUJUKAN

BACA  Menangis Tengok Jet Peribadi Rapper Drake Bernilai Ratusan Jutaan Ringgit