Muzik

Konsert Memperingati Whitney Houstan Dipancar Terus Ke Malaysia Dari Las Vegas

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Konsert Memperingati Whitney Houstan Dipancar Terus Ke Malaysia Dari Las Vegas

Seolah beliau masih wujud dalam kalangan kita, primadona tersohor mediang Whitney Houstan nampaknya bakal berpeluang menghiburkan para peminatnya di Malaysia pada 22 dan 23 Mac ini!

IKLAN

Istimewa buat para peminat lagu “Greatest Love of All”, “I’m Every Woman,” “Queen of the Night,” “How Will I Know,” “I Will Always Love You,” “I Have Nothing,” dan “I Wanna Dance With Somebody”, persembahan konsert akan berlangsung selama 90 minit (1 jam 30 minit) dan istimewanya ia apabila akan dipancarkan terus secara serentak dari Las Vegas ke Malaysia. Pasti penonton akan merasakan nikmat hiburan realistik yang buat bulu roma meremang.

Sumber: milestone-entertainment.com

Untuk pengetahuan semua, mendiang Whitney Houstan pernah diiktiraf Guinness World Records sebagai antara artis wanita yang paling banyak menerima anugerah malah, beliau sememangnya dikenali sebagai penyanyi popular yang bisa menangkap hati penonton menerusi gaya persembahannya yang tersendiri.

Menurut penganjur konsert “REMEMBERING WHITNEY – THE GREATEST LOVE OF ALL”, iaitu Milestone Production Sdn Bhd berkata, “Malaysia tidak pernah berpeluang mengadakan konsertnya ketika Whitney masih hidup. Oleh itu, persembahan ini akan menjadi peluang terbaik bagi para peminatnya di Malaysia untuk menikmati ‘kehebatan seterusnya’ dengan menyaksikan ‘beliau’ di pentas Malaysia menerusi persembahan dan vokal memukau Trina yang akan menyampaikan lagu-lagu hit sepanjang zaman Whitney”.

Pelan Tempat Duduk Konsert

Penjualan tiket awal pada harga lebih murah adalah sehingga 24 februari ini. Sumber: Facebook

Harga Tiket Konsert

  • Premium: RM480
  • VIP: RM380
  • Cat A: RM250
  • Cat B: RM150
  • Cat C: RM80

Sebelum ini, Dato’ Siti Nuhaliza sendiri pernah berduet dengan mendiang dalam salah sebuah konsertnya yang diadakan pada April 2016 menerusi kolaborasi yang terlah diubahsuai secara virtual sehingga menjadi perhatian di serata dunia. Diakui persembahan tersebut sangat memukau dan banyak membuat ramai peminatnya menangis kagum kerana merasakan seolah-olah mendiang Whitney Houstan masih hidup.

Tonton Video Klip Persembahan Konsert Dato’ Siti Nurhaliza x Whitney Houstan

Segala maklumat pembelian tiket “REMEMBERING WHITNEY – THE GREATEST LOVE OF ALL” boleh dirujuk di sini [milestone-entertainment.com].

IKLAN