Cinta yang bahagia, sempurna bukanlah dari hati kamu dan pasangan sahaja. Cinta yang benar-benar mengecap kebahagian ialah bila mendapat restu dari dua belah keluarga. Biasa kita dengar cinta yang tanpa restu keluarga boleh menimbulkan pelbagai masalah dalaman.
Lebih lagi kalau dalam Islam, restu dari ibu dan bapa paling utama kerana ia dibawa sampai ke syurga.
Takut juga ya bila kita sudah beri separuh hati dan jiwa pada pasangan namun boleh jadi hancur berkecai bila keluarganya tidak berkenan dengan anda. Jadi sebelum anda terjebak dalam drama petang-petang TV3 cuba perhatikan gerak-geri bakal mertua kamu, adakah menantu pilihan atau tidak?
Bukan apa, dengan cara ini untuk anda lebih bersedia dan bijak untuk mengatur langkah dalam merebut hati mertua.
#1 Pertemuan tidak disambut
Jika anda mula bersua tentangan mata anda boleh ‘rasa’ penerimaan yang dibuat-buat. Mungkin tidak ada banyak perbualan dan lebih kepada awkward silence. Anda sendiri pun terasa janggal dan kekok dengan keadaan tersebut.
#2 Tidak berminat mengenali diri anda
Ahli keluarganya kurang mahu mengenali siapa anda dan dengan siapa anak mereka kini berkawan. Mereka cuma tahu nama dan mungkin pekerjaan anda sahaja. Tentang latar belakang terperinci langsung tidak ditanya tentang keluarga atau perkara-perkara peribadi yang lebih intim.
#3 Si dia tidak banyak bercerita tentang keluarga
Pasangan anda juga tidak banyak berceloteh mengenai keluarganya. Bila anda bertanya khabar tentang mereka dia cuba berdalih dengan perkara lain. Apakah anda cerita yang tidak manis tentang kamu dari keluarga dia?
#4 Hambar
Ya, walaupun sudah acap kali bertemu anda dan keluarganya kekal hambar umpamanya tiada progress apa-apa. Timbul juga perasaan yang anda tidak mahu lagi berjumpa dengan mereka kerana janggal dan kurang seronok bila bersama.
Apa perlu buat bila keluarga si dia tidak ‘suka’ dengan anda? Pertamanya cuba kekal positif dan cari taktik untuk ambil perhatian dan hati mereka. Kalau tidak jadi, nasihat penulis putuskan sahaja hubungan dengan pasangan kerana ia sia-sia! (gurau).
Selamat menempuh alam mertua ya.