Kesihatan

Kesan Bahaya Gigitan Kutu Babi Yang Bawa Maut

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Kesan Bahaya Gigitan Kutu Babi Yang Bawa Maut

Bila dengar perkataan kutu babi atau sengkenit pasti teringat zaman balik kampung pasti ada saudara yang terkena gigit kutu babi. Atau anda sendiri pernah kena.

IKLAN

Biasanya seminggu selepas kena baru terasa gatal dan pedih dibahagian gigit dan kutu babi mula membesar. Penulis memang geli dengan kutu babi dan rasa takut pun ada kerana ia suka tinggal ditempat yang tersorok seperti celah paha, kelangkang dan dalam telinga! Sudut-sudut tersebut boleh memberi ia peluang untuk lebih membiak. 

Gigitan kutu babi boleh menyebarkan kuman sehingga menyebabkan luka dan kesan gigitan kutu babi boleh si mangsa lemah dan demam. Jadi ada benar ke gigitan kutu babi boleh membawa maut? 

Lumpuh satu badan?

Terjadi pada keluarga di Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak perempuan menjadi lumpuh tiba-tiba kerana terkena gigitan kutu babi yang membiak pada rambutnya. Dia tidak dapat berjalan atau merangkak, malah tangannya juga tidak berfungsi. Pesakit boleh jadi lumpuh dari bawaan toksin dari kutu babi, jika tidak dirawat dengan pantas masalah lebih kronik boleh berlaku. 

Foto – kucing.org

Virus Congo

Penyakit maut telah dicatatkan di Crimea pada tahun 1944 merupakan penyakit kronik di Republik Demokratik Congo hasil bawaan dari kutu babi. Penyakit virus demam berdarah ini berpunca dari gigitan sengkenit atau kutu babi. Simptom demam CFF atau Crimean-Congo boleh dikesan mula pening, sakit otot, hilang selera makan, kemurungan, naik bintik-bintik merah dan menganggu degupan jantung. 

Kematian boleh berlaku pada minggu kedua sakit, namun pesakit yang dirawat boleh sembuh pada hari kesembilan atau sepuluh. 

Dengar kena gigit kutu babi ini macam leceh sahaja tapi sebenarnya dalam diam anda tidak tahu ia terkandung pelbagai kuman yang dalam diam boleh membunuh. 

RUJUKAN 1 & 2

IKLAN