Beberapa hari yang lalu penulis ternampak satu laporan berita mengenai lebih dari 120 pelanggan sebuah agensi pelancongan terkandas di lapangan terbang. Rupanya mereka semua telah ditipu dan ada yang mendakwa telah mengalami kerugian beribu ringgit. Malah impian untuk melancong juga musnah, sudahlah wang kena tipu, masa dan angan-angan juga hancur.
Bila baca berita sebegini buat kita juga berasa was-was dengan agensi pelancongan dan mengambil keputusan untuk mengatur sendiri rancangan melancong. Tapi tidak semua orang mampu dan mahir untuk menyediakan plan melancong lebih lagi kalau untuk ke luar negara. Hendak tak nak kena guna khidmat agensi juga kalau terdesak.
Jadi, Wanista ingin ambil peluang ini untuk memberi sedikit tips berguna untuk anda yang sedang bercadang untuk mengambil pakej percutian dengan agensi pelancongan. Bukan apa, sebelum hendak menempah apa-apa biarlah kita ada ‘ilmu’ sikit supaya tidak mudah dimanupulasi oleh mereka.
#1 Tanya latar belakang syarikat
Jangan bawa sikap ‘menonong’ dan terlalu excited untuk menempah pakej yang berminat. Sebaiknya pergi dan berjumpa dengan wakil jualan agensi tersebut. Cuba tanyakan sedikit-sebanyak tentang latar-belakang syarikat, pengesahan dari SSM dan paling penting kenal dengan siapa anda deal.
#2 Sebaiknya terus dapatkan nombor tiket penerbangan
Kalau anda sudah siap memberi wang deposit, teruskan dapatkan nombor tempahan tiket penerbangan atau PNR number. Jangan tunggu untuk mereka update keesokan harinya. Dari pengalaman penulis sendiri, pihak agensi akan terus membeli tiket penerbangan untuk setiap tempahan yang masuk.
#3 Selidik harga pakej ‘inbound’
Sebaiknya cuba dapatkan info tentang pakej ‘inbound’ mengenai harga tiket lawatan, hotel, cas pemandu pelancongan, pengangkutan dan sebagainya. Cuba selidik perkhidmatan syarikat mana yang mereka guna dinegara luar. Ini supaya untuk memberi jaminan.
#4 Baca testimoni
Mungkin ini cara paling mudah ialah dengan lakukan sedikit carian Google tentang agensi dan baca apa sahaja ulasan oleh pelanggan terdahulu. Semua benda sekarang hanya di hujung jari! Paling senang sekarang ialah membaca sebarang review di Facebook page syarikat tersebut, kebiasaan review di Facebook amat jelas dan tidak boleh dipadam.
Dah faham? Selamat melancong!