Info Menarik

Ketahui Pekerjaan Diraja Yang Pelik Dan Merepek Tapi Memang Wujud

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Ketahui Pekerjaan Diraja Yang Pelik Dan Merepek Tapi Memang Wujud

Sedang mencari jawatan kosong? Apa bakat yang anda miliki? Teringin nak bekerja di istana?

Jika anda miliki bakat dalam seni gambar, suka mengemas, seorang yang mahir dalam public relation, meminati dunia setem, suka mengembara maka pekerjaan yang tak masuk dek akal ini mungkin patut dicuba.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa pekerjaan yang di luar kotak fikiran kita malah menimbulkan tanda tanya ada terdapat di Buckingham Palace, kediaman keluarga diraja Britain. Tahukah, keluarga diraja menggunakan lebih daripada 1,000 orang untuk berkhidmat dengan mereka. Memandangkan tanggungjawab besar yang diperlukan untuk mengurus kehidupan sehari-hari raja monarki British, jadi ada sesetengah jawatan memang wujud.

Antara seperti berikut…

Operator Telefon

Terdapat operator telefon yang dilaporkan menjawab lebih daripada 7,000 panggilan sehari dari beribu-ribu peminat dan media yang menghubungi Buckingham Palace setiap minggu.

Foto – Framepool & RightSmith Stock Footage

Penjaga Setem

Katanya Michael Sefi telah menjadi penjaga setem Ratu Elizabeth sejak tahun 2003. Beliau telah mengembara ke seluruh dunia untuk mencari kepingan setem unik bagi menambah koleksi si ratu.

Foto – Daily Express

Penyelaras Bingkai Gambar

Buckingham Palace mempunyai kira-kira 775 bilik, jadi dapat bayangkan beratus-ratus bingkai gambar menghiasi setiap ruang. Individu yang ditugaskan sebagai penyelaras bingkai gambar perlu memastikan tiada bingkai yang dikitar semula dan diguna semula.

Foto – Business Insider

Pemotong Daging

Ya. Sudah tentu, keluarga diraja tidak akan memotong daging mereka sendiri. Walaubagaimanapun, kerjaya ini tidak tersedia untuk semua orang, hanya dikalangan keluarga berstatus tinggi sahaja – yang bermaksud diwarisi dari individu ke individu tertentu (melihat pada keturunan dan salasilah keluarga).

Foto – Royal Seven Stars

Ahli Astronomi Diraja

Merupakan pekerjaan tertua, sudah wujud sejak tahun 1675 lagi, ahli astronomi menasihati Ratu tentang hal-hal berkaitan astronomi. Seorang ahli astronomi adalah seorang ahli sains yang mengkaji mengenai jasad cakerawala seperti planet, bintang, dan galaksi.

Foto – Reuters

Penjaga Linen Diraja

Sekiranya anda sukakan hal berkaitan fabrik, tugas ini adalah untuk anda. Individu yang bertanggungjawab perlu memastikan setiap fabrik linen diletakkan atas meja makan adalah yang berkualiti dan memenuhi keperluan piawaian tertinggi setiap hari. Sama ada digunakan untuk acara rasmi, atau sekadar penggunaan harian.

Foto – Getty

Tukang Sarung Kasut Diraja

Bunyi azab betul jawatan ini tapi ia hanyalah berkhidmat untuk Ratu Elizabeth. Sedia maklum usianya sudah lanjut jadi memahamilah kenapa diadakan jawatan sebegini. Merupakan salah satu tugas yang aneh di istana, individu ini harus memastikan setiap kasut yang akan disarung selesa sebelum dipakai. Hal ini agar tidak timbul masalah kaki yang menyakitkan, keletihan, yang hanya akan membuatkan masalah besar timbul.

Foto – Readers Digest

Tukang Cuci Periuk Diraja

Curlass nama jawatan. Tugasan ini memerlukan anda menjaga dapur, membersihkan segala alatan kelengkapan memasak dan memotong serta membantu dalam penyediaan makanan. Tapi ini bukanlah tukang cuci sembarangan, 

terdapat juga manfaat tambahan melancong bersama ratu ketika melawat kawasan diraja yang lain.

Foto – Business Insider

Seriuslah kerja macam ini? Tapi kalau berminat nak mencuba, pergi sahaja ke laman web rasmi www.royal.uk/join-us, ada banyak iklan jawatan kosong di sana.

All The Best!

RUJUKAN : 123