Semalam sedang melayari Facebook, penulis mendapat satu berita mengejutkan berlaku kepada seorang artis Malaysia kita yang berbangsa Cina.
Mangsa Jimmy Tan dari agensi pengurusan bakat RED People yang diasaskan oleh Namewee, dipercayai telah membunuh diri selepas mayatnya ditemui di biliknya pagi semalam.
Berätta itu disahkan apabila perbualan WhatsApp RED People Family tular di media sosial. Dalam mesej tersebut, rakan artis, Charles Tee mengesahkan bahawa Tan telah membunuh diri.
RED People telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengesahkan kematian mendiang Jimmy Tan.
“Pada 14 Februari 2019, Jimmy Tan Sia Hong telah meninggal dunia. Dia berusia 24 tahun. Jimmy Tan adalah artis pertama RED People. Dia sangat berbakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan, mempunyai personaliti yang lucu dan baik hati. Namun pada pagi ini, dia ditemui mati di dalam biliknya. Menurut laporan bedah siasat, ia adalah kematian secara tiba-tiba. Berita itu mengejutkan bukan sahaja kawan-kawan dan keluarga, tetapi juga penyokongnya.”
Wanista ucapkan takziah buat keluarga Jimmy Tan dan diharap tabah meneruskan kehidupan. RIP!