Kesihatan

Penting! Alasan Mesej Teks Boleh Menyebabkan Tekanan

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Penting! Alasan Mesej Teks Boleh Menyebabkan Tekanan

Satu persatu mesej baru masuk. Jadi dibukalah tapi tidak terus dijawab kerana ada sesuatu yang tiba-tiba merubah mood.

Wanista nak tanya pernahkah anda merasa tertekan untuk membalas mesej? Pernah anda merasa mesej teks menyebabkan tekanan dalam diri? Atau mungkin rasa terganggu apabila menerima atusan mesej teks dalam group chat? Anda juga selalu menyemak mesej teks untuk memastikan tidak terlepas mesej penting?

Foto – Kim Komando Show

Tahukah keadaan ini patut diambil endah memandangkan dalam satu kajian yang dijalan oleh Viber, satu pertiga daripada individu yang berkomunikasi secara aktif melalui mesej teks didapati berdepan dengan tekanan.

Alasan Mesej Teks Boleh Mendapat Tekanan

1. Kajian menunjukkan 32% responden merasa terganggu apabila individu yang sedang bermesej itu secara tiba-tiba hilang dipertengahan perbualan.

2. Penggunaan tatabahasa yang kurang sopan dan penggunaan emoji yang berlebihan juga antara punca tekanan. Sebagai contoh, masalah kurang faham akan mesej perbualan jika terlalu banyak emoji yang digunakan.

3. Anda sukakan group chat? Laporan kajian, ramai kebiasaannya rasa jengkel dan terganggu dalam mesej berkumpulan, yang mempunyai lebih daripada 3 individu (jenis reunion, kawan sekerja, teman sekolah). 

Foto – Insomniac

4. Terlebih perkongsian gambar dan terlalu banyak gambar dan video yang dihantar juga terjadi. Terdapat hampir 17% daripada responden cenderung untuk meletakkan kumpulan mesej dalam mod senyap (mute notification) sebaik sahaja mereka dimasukkan ke dalam kumpulan tersebut.

5. Bagaimana jika anda menerima mesej teks diluar waktu kerja? Hampir 23% merasakan terganggu dengan mesej teks yang diterima, namun, mereka tetap akan memberi maklum balas.

Cara Nak Mengatasi

Ya mesej boleh memberi tekanan tetapi itu bukanlah bermaksud langsung tidak perlu berhubung tetapi sebaiknya menghadkan masa yang diluangkan dengan telefon dan memperbanyakan perbualan secara bersemuka atau membuat panggilan telefon, atau paling mudah ignore sahaja setiap mesej buruk yang masuk.

Apapun semoga semuanya baik-baik sahaja.