Sebagai sebuah kumpulan Korean Pop yang memiliki jutaan peminat dari seluruh dunia, BTS yang ditubuhkan pada 2013 ini nampaknya sudah semakin matang dalam pemilihan helaian fesyen mereka.
Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian penulis, BTS adalah salah satu kumpulan Kpop lelaki yang memiliki ahli paling clean kerana rata-rata mereka mempunyai cita rasa penampilan yang ringkas -tidak sarat dengan aksesori seperti yang sering dibawakan Big Bang. Untuk itu juga secara tidak langsung mereka sebenarnya membawakan imej “Mummy’s Boy”. Patutlah ramai anak-anak gadis yang tergila-gilakan mereka ini kan?
Menurut sebuah laporan juga, ahli-ahli BTS ini langsung tidak pernah memiliki sebarang tatu yang dicacah kekal ke badan. Ini menjadikan mereka antara kumpulan Kpop lelaki yang unik and yup! #CalonMenantuMakAwak. Kalau ada tatu sekalipun, itu hanya tatu sementara yang dilukis dan dilekat ke bahagian badan mereka.
Kalau ada elemen penampilan yang diubah ketara, ianya mesti warna/stail rambut atau item fesyen yang digayakan mereka. Penulis akui, penasihat gaya BTS sejak kebelakangan ini merupakan orang paling arif dalam menentukan apa yang terbaik buat setiap seorang dari mereka. Maklum sahajalah, mereka ini masih muda… baru berusia 21 hingga 26 tahun.
BACA: Jurugaya BLACKPINK Dedah Mengapa Jennie Selalu Dapat Baju Paling Cantik
Kecoh pula baru-baru ini bila ramai yang mengagumi set tuksedo yang disarung mereka sewaktu berjalan di karpet merah anugerah berprestij, Grammys! Galak sampai mendapat liputan majalah fesyen ternama Vogue Magazine tau! Untuk itu jom lihat evolusi fesyen karpet merah terbaik dan terburuk mereka dari dulu hingga kini.
“A BIG NO NO!”
#1 2013
Baru nak kenal dunia hiburan masa ni. Apa-apa pun, masih ranggi cuma mungkin kerana kombinasi warnanya yang agak “off”. Stokin bola? Buat mereka kelihatan seperti baru keluar dari padang. Ada yang kata, fesyen ini sesuai untuk mereka bersiar di muzium kesenian melihatkan ada kerawang-kerawang emas di situ. Hehe
#2 Gaon Chart K-pop Awards, 2013
Kombinasi warna monokrom tu memang dah okay cuma kenapa ye ada aura yang kata fesyen mereka ini nampak kosong. Tak nampak elemen eksklusiviti di situ. Oh, tapi ada yang kata mereka ikut trend hip hop? Okay fine…
#3 Golden Disk Awards, 2014
Satu je nak cakap, “Sorry to say that these resemble my mom’s kitchen curtain”. Jangan kecam ya, ni pendapat sahaja. By the way, RM menyesal ke tu? 😂
#4 Asia Song Festival, 2015
Alahai, ni sambar baju last minute ke macam mana? Yang ada sorang tersesat pakai leather jacket tu dah kenapa pula… HAHA! Kesian Suga tau…
#5 Gaon Chart K-Pop Awards, 2016
Nampak kemas sungguh masing-masing tapi entah kenapa penulis teringat blazer pengawas zaman sekolah dahulu. Tengok RM pun dah tau yang dia rasa terpaksa pakai suit ni HAHA!
“PALING CANTIK”
#6 AMAs, 2017
Masa ni mereka sudah mencanak popular, memang seharusnya gaya mereka bertukar secara drastik! Bagi penulis, gaya kasual begini untuk dipakai atas karpet berprestij memang cool habis! Kombinasi warna dan item fesyennya sangat boom!
#7 MAMA, 2018
Yang ini baru layak digelar kumpulan Kpop termahsyur! Maklumlah, orang minat Kpop bukan sebab lagu, aksi tari dan kecomelan idol semata… tetapi juga fesyen yang dibawakan setiap ahli sesebuah kumpulan tu.
#8 Grammy Awards, 2019
Nampaknya ini suatu pencapaian terbaik buat BTS. Dengar kata pereka tuksedo ini iaitu JayBaek Couture jarang buat baju untuk acara-acara luar negara, tetapi beruntung sangatlah BTS mendapat sentuhan pereka fesyen popular Korea Selatan tu.
Buat julung kalinya JayBaek mencipta persalinan mewah buat selebriti tempatannya untuk diangkat hingga ke USA tau! So sleek!
Setuju tak persalinan karpet merah Grammys 2019 mereka paling meletup?! ❤️