Teknologi

Ramai Tak Tahu, Ini Helah Lain Guna Instagram Cara Pro

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Ramai Tak Tahu, Ini Helah Lain Guna Instagram Cara Pro

Tahukah kamu Instagram sendiri memiliki lebih berpuluh ciri lain yang boleh dimanfaatkan para pengguna selain hanya mampu memuat naik gambar, menyunting dan merakam video “Instagram Story”.

Bagi memberi pencerahan kepada semua, Wanista berasa senang hati untuk berkongsi sedikit ilmu bagaimana kamu boleh menjadi pengguna Instagram secara lebih profesional.

#1 Sorok Foto Yang Kamu Di-Tag Bersama

Bergambar dengan kawan memang seronok namun, foto kamu bersama dia adakalanya tidak menepati cita rasa apabila si kawan memuat naik foto saat kamu kelihatan hodoh ke akaun Instagramnya, lalu men-tag Instagram kamu. Hakikatnya pengikut kamu masih boleh melihat foto hodoh kamu itu di feed “Tagged Photos”. 

Sumber: Google Images

Salah satu cara untuk menyorok foto kamu itu dari terus berada di akaun kamu adalah:- 

  • Pergi ke gambar tersebut di akaun rakan kamu itu.
  • Perhatikan ikon tiga titik yang berada di atas sebelah kanan foto, klik.
  • Klik “Post Options” ➡ Alihkan tombol untuk setuju menyorok foto itu dari simpanan “Tagged Photos” di akaun kamu. Siap!

#2 Simpan Post Kegemaran Dalam Satu Fail!

Suka mencari inspirasi di Instagram? Tak perlu lagi screenshot foto-foto kegemaran kamu dengan menggunakan kaedah “Saved” yang disediakan Instagram.

  • Lihat bahagian bawah kanan foto ➡ Klik ikon berupa riben. Siap!
Sumber: recode.net

Kini semua foto berada dalam satu fail, boleh dilihat menerusi bar yang ada pada menu utama. Cara untuk melihat kembali foto-foto yang telah disimpan adalah dengan menekan butang “Settings” atau klik pada ikon tiga garisan di bahagian paling atas sebelah kanan ➡ Klik “Saved”. 

#3 Tutup Ruangan Komen Dalam Foto

Biasalah, manusia ada turun naik. Sampai mood nak mendiamkan diri, buat kita terasa untuk menjauhkan diri dari cakap-cakap orang lain termasuklah dari pengikut di media sosial. Cara untuk menutup ruangan komen…

  • “Upload” satu foto baru di akaun.
  • Apabila tiba di paparan untuk kamu menambah kapsyen, tag, tetapkan lokasi dan sebagainya… Di bahagian paling bawah sebelah kiri ➡ Klik “Advance Settings” ➡ Klik “Turn Off Commenting”.

#4 Gemar “Stalk” Tapi Takut Tertekan “Like”

Okay, tak dinafikan memang ramai antara kita yang suka menjelajah timeline Instagram orang lain, lagi-lagi kalau orang itu adalah musuh, crush atau individu yang kita anggap popular dengan kelebihan tersendiri. Namun sering kali kita tertekan “Like” saat kita leka melihat meneliti koleksi foto mereka.

Sumber: adweek.com

Untuk itu apa yang kita boleh buat adalah… sewaktu skrol foto mereka di Instagram, matikan wifi atau gantikan mod telefon kamu kepada “Mod Kapal Terbang” (Airplane Mode). Dengan cara itu, tiada lagi masalah kamu tertekan “Like” pada foto yang tidak diingini! Kalau tertekan pun mereka tak akan dapat notification. 

#5 Nak “Delete” Foto Tapi Sayang?

Adakalanya kita sudah bosan seterusnya ingin mengemas kini feed kita. Salah satu cara untuk membuang gambar-gambar lama tanpa memadamnya adalah dengan menyoroknya buat sementara waktu sehingga suatu masa kita boleh kembali memunculkan foto tersebut ke akaun.

  • Pergi pada foto yang ingin disorok ➡ klik ikon titik tiga pada bahagian atas kanan foto.
  • Klik “Archive”. Kini foto-foto kamu selamat disimpan tanpa dipadamkan selama-lamanya.

Untuk melihat dan memunculkan kembali foto tersebut ke akaun kamu, klik ikon berupa jam dengan arah berlawanan pada bahagian paling atas profil kamu ➡ Klik “Posts Archive” ➡ Klik pada foto yang kamu ingin munculkan kembali di feed ➡ Klik ikon tiga titik di atas kanan ➡ Klik “Show Profile”.

#6 Tunjuk IG Story Pada Teman Tertentu

Tak semua benda kita suka kongsi dengan orang yang tak dikenali. Lagi-lagi kalau ianya foto atau video peribadi. Untuk membolehkan hanya orang terpilih melihat foto dan video kamu di IG Story…

Sumber: TechCrunch
  • Pergi ke menu “Settings” atau klik pada ikon tiga garisan di bahagian kanan profil Instagram kamu ➡ “Close Friends”.
  • Pilih sesiapa yang kamu kehendaki ➡ Klik “Add” ➡ Klik “Done”.
  • Setiap kali sebelum post IG Story ➡ Klik “Sent to Close Friends”.

#7 Lihat Kembali Koleksi Foto Yang Pernah Kamu “Like”

Percaya atau tak, kamu sebenarnya boleh imbas kembali foto-foto yang pernah kamu “Like” di Instagram selama ni. 

  • Klik “Settings” ➡ Klik “Account” ➡ Klik “Posts You’ve Liked”.

#8 Guna Tulisan Bio Yang Menarik!

Selalu je kita lihat “Instafamous” biasanya guna jenis tulisan (font) yang unik pada bio pengenalan mereka di profile. Kamu juga boleh ubah tulisan bio kamu untuk jadi lebih menarik di website “LingoJam” [KLIK SINI]

  • Tulis pengenalan diri kamu atau apa sahaja ayat yang mahu kamu letakan di bio di website Lingojam.com.
  • “Copy” jenis tulisan kegemaran kamu yang ada di bahagian kanan website tersebut.
  • “Paste” pada ruangan bio kamu. Siap!
Sumber: blogpixie.com

#9 Guna Tulisan Unik Di IG Story 

Biasanya kita memang gemar menambah tulisan atau kapsyen sebagai penerangan kepada video atau foto yang kita muat naik ke IG Story. Untuk mengelakkan rasa bosan. Kamu sebenarnya boleh guna (font) tulisan yang menarik serta menambah hiasan pada tulisan.

  • Google “Coolsymbool.com” [KLIK SINI] ➡ Klik “Fancy Text” [KLIK SINI].
  • Tulis kapsyen atau perkataan kegemaran kamu pada ruangan disediakan.
  • Skrol pilihan tulisan kegemaran kamu Klik butang “Decorate” ➡ Pilih hiasan yang kamu inginkan.

#10 Buat Backup Gambar

Mana tahu kalau suatu hari nanti akaun kamu digodam dan kesemua foto kamu habis dipadam. Kamu sebenarnya boleh buat backup untuk dapatkan simpanan koleksi foto yang pernah kamu upload ke Instagram.

  • Klik ikon tiga garisan pada bahagian paling atas sebelah kanan Klik “Settings”  Klik “Privacy and Security” ➡ Klik “Download Data”. 
Sumber: pinterest

Dalam masa 48 jam, pihak Instagram akan menghantar link pautan atau fail yang mengandungi kesemua maklumat dan kepentingan akaun Instagram kamu ke email -kemudian boleh dimuat turun untuk disimpan sebagai backup!

Sekarang dah jelas? Siapa sangka, Instagram sebenarnya boleh buat lebih banyak lebih daripada hanya memuat naik foto dan video untuk dikongsikan dengan pengikut.

Selamat mencuba! ❤️

RUJUKAN