Hey! Swinging 60’s are back on the runway girls!
Jika kamu suka mengikuti perkembangan fesyen, sudah tentu aspek kecantikan juga tidak kamu endahkan melihatkan fesyen dan dunia kecantikan bergerak seiring dalam aliran yang sama.
Seperti yang kita semua tahu, era 60 adalah di mana ramai wanita menjadi obses terhadap rona-rona neon memperlihatkan rekaan dress mini, blaus serta aksesori rambut yang berwarna-warni bahkan, cetakan floral adalah sangat popular apabila ia dapat dilihat di mana-mana -digaya sakan gadis-gadis era tersebut.
Sama juga konsep gaya solekan yang dibawakan. Rata-rata supermodel dirias dramatik pada mata manakala bahagian bibir dibiarkan polos dengan hanya olesan gincu rona nude.
BACA: Helah Genius! Cara Buat Bulu Mata Tampak Lentik Sepanjang Hari
Antara supermodel popular yang menjadi trendsetter sekitar era 60-an adalah Twiggy atau nama sebenarnya Lesley Hornby. Beliau dilihat sebagai susuk yang sangat ikonik kerana gaya rambut pendek perangnya yang disisir rapi serta solekan bulu mata dramatik yang menjadi identitinya sehingga dikagumi ramai anak gadis dan wanita ketika itu.
Baru-baru ini khabarnya trend bulu mata dramatik itu kemabli digunakan MUA. Nak tahu caranya? Jom Wanista ajarkan secara ringkas.
CARA:-
1. Pastikan sekitar mata bersih dan kering, oleskan pembayang mata rona hitam pada sepanjang garisan pelipat kelopak mata jika mahu. Nak guna celak (eyeliner) pun boleh.
2. Kalau mahu menampakan bentuk mata yang lebih galak dan lebar, boleh lukiskan “wing liner” pada sepanjang garisan kelopak mata bahagian atas. ***Wing eyeliner juga boleh menampakkan ilusi bulu mata yang panjang.
3. Jika bulu mata kamu tidak lebat, boleh pakai bulu mata palsu atau cukup sekadar menyapu beberapa lapisan maskara pada helaian bulu mata atas.
4. Guna berus bermata tirus untuk mencelup celak jenis gel lalu lukiskan garisan-garisan pendek menyerupai helaian bulu mata pada bahagian bahawa mata (berhampiran garisan kelopak mata bawah).
5. Siap! Apa yang pasti, lukisan bulu mata tambahan ini akan buat mata kamu kelihatan lebih besar dan terlihat seolah bulu mata kamu lebat.
Tonton Video Tutorial Melukis Bulu Mata Guna “Eyeliner”
Genius juga cara Twiggy ni buat alis tambahan kan?
Selamat mencuba! ❤️