Masih lagi terasa kehangatan Anugerah Grammy yang berlangsung semalam. Tahniah buat Kacey Musgraves dan Childish Gambino yang merangkul anugerah utama – Song of the Year, Record of the Year dan Album of the Year. Yang tidak bernasib, cuba lagi tahun depan… wah dah macam ucapan pengacara majlis.
Selain kemunculan K-Pop Idol BTS, persembahan memukau Alicia Keys bermain piano, ucapan Drake yang dipotong Grammy, kontroversi Ariana Grande juga antara highlight yang menjadi trending di media sosial.
Bukan isunya dengan produser Grammy tapi kisah disebalik pembuatan gaun kembang yang sepatutnya dipakai Ariana ketika Grammy 2019. Pada yang tidak tahu, produser Grammy menolak idea Ariana untuk menyanyikan lagu 7 Rings dalam koleksi medley kerana merasakan kekangan waktu dan ianya permintaan last minute. Ariana tidak berpuas hati, padanya mereka (produser Grammy) tidak memberi kebebasan untuk dirinya berkarya (membuat persembahan).
https://www.instagram.com/p/BtwWPqhFKOs/
Semalam penyanyi kecil molek ini sakan berkongsi gambarnya memperagakan gaun kembang rona biru laut rekaan Zac Posen kepada peminat tersayang. Ariana dilihat berbaring di lantai, bergurau senda dengan anjing disertai kapsyen paling manis “when @zacposen makes u a custom gown it doesn’t matter if you’re singing or not 🌫 …. thank u 🖤”.
https://www.instagram.com/p/BtuUHNClbEC/
Ramai yang memuji kecantikan Ariana dan ada juga membuat perbandingan gaun biru Ariana dengan gaun Disney, Cinderella. Tetapi ada kisah tersingkap disebalik pembuatan gaun mewah itu. Ura-ura mengatakan, gaun Ariana direka ala Cinderella sebagai penghormatan mendiang Mac Miller, bekas teman lelaki yang maut akibat penyalahgunaan dadah berlebihan. Ariana mendedahkan pada Mei tahun lepas bahawa lagu Mac Miller “Cinderella” ditulis tentangnya dan peminat beranggapan ia saling kait-mengait menerusi bait-bait lirik.
https://www.instagram.com/p/BtuUP73ld99/
Mac Miller feat Ty Dolla Sign – Cinderella
“You lookin’ better every day
Write you letters
It’s only right that right after love I write my name, yeah
If it’s forever or never it’s all the same
Under the weather
Feel much better when that weather isn’t rain
Ooh Cinderella don’t you run out of time
It feels like you’ve been taking all day
Wherever you came from, wherever you going
I promise I’m not far behind”
Ariana juga berkongsi videonya tidur sambil memeluk manja anjing Mac Miller, Myron dan sempat berkata “Thank You”.
https://www.instagram.com/p/BtvDfyeFQ05/
Kalau betul tekaan peminat, ternyata ia satu kisah yang cukup menyentuh hati. Tapi after all, life must go on! Dan tahniah Ariana walau memilih untuk tidak menghadiri Grammy tetapi masih berjaya membawa pulang trofi “Best Pop Vocal Album”.
To Mac Miller, You Will Be Miss & RIP!