Fesyen

10 Bukti Warna Feminin Merah Jambu Trend Terhangat Tahun Ni

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
10 Bukti Warna Feminin Merah Jambu Trend Terhangat Tahun Ni

Pink is Everywhere!

Semalam di Grammy 2019, rata-rata selebriti terpesona dalam sepersalinan merah jambu yang pelbagai. Dari flamingo pink, cotton candy, ke shocking pink. Para selebriti seperti Kylie Jenner, Post Malone, Camila Cabello dan Katy Perry hadir membawa mood paling gembira dan ceria. Bukan di Grammy sahaja, warna sinonim dengan Barbie ini sudah mendapat tempat sejak awal tahun lagi, sebagai contoh Emily Blunt di SAG 2019, Mandy Moore dengan gaun kahwin, BTS V dengan suit merah jambu serta ramai lagi.

Merah jambu melambangkan ciri karakter feminin dan ceria seorang perempuan. Tak kisahlah, pakai apa pun tapi kalau ada warna ini pasti anda tampak manis sentiasa.

Baca: Jom Pilih Gaya Barbie Selebriti Bila Pakai Warna Pink!

Jadi dah bersiap nak melawa sakan dengan trend merah jambu yang diramal bakal menghangatkan lagi industri fesyen? Kalau tak ada idea pilihan warna, lihat sahaja beberapa inspirasi selebriti di bawah ini.

#1 Gaun kahwin paling cantik pernah Wanista lihat! Gaun bertingkat merah jambu dari fabrik tulle oleh Rodarte yang direka untuk Mandy Moore membuatkan dia kelihatan manis di hari bahagia.

Foto – Pinterest

#2 Rasanya bukan semua lelaki boleh membawa warna merah jambu dengan baik tapi BTS V berjaya lakukannya. Mengenakan suit merah jambu dari koleksi Dior Men 2019, BTS V paling menonjol dengan visual, rambut yang diwarna merah, serba-serbi elok sempurna.

Foto – Twitter

#3 Tidak berpegang kepada fesyen biasa-biasa, Post Malone kelihatan luar biasa dalam warna merah jambu disuntik batu pertama dari suit sehingga ke sepatu. Kalah perempuan!

Foto – People

#4 Dress paling hangat di Twitter kerana ramai menggelarnya “vagina dress” memandangkan reka bentuk ilusi optik. Yang pasti Emily Blunt sangat eye-catching dalam warna merah jambu yang cukup ceria ketika menghadiri SAG 2019.

Foto – Insider

#5 Ada sesuatu yang tidak kena di mata penulis bila melihat konsep high-fashion yang ditonjolkan Kylie Jenner. Adakah solekan wajah? Mungkin dandanan rambut? Atau pantsuit rekaan Balmain? Hurmmm…

Foto – Getty

#6 Pelantun suara lagu “Havana”, Camila Cabello dalam dress sequin warna hot pink oleh Armani Prive. Pada penulis gaya Camila biasa-biasa sahaja, langsung tidak ada kelainan.

Foto – GotCeleb

#7 Dah tengok gaya Katy Perry di Grammy 2019? Lagaknya bagai boneka mencuri tumpuan ramai. Katy Perry tampil extravaganza dengan gaun merah jambu muda dengan perincian ruffles. Pelik tapi boleh tahan cantik.

Foto – People

#8 Dapat penulis bayangkan bagaimana kebanyakan bintang Korea memakai set hoodie shocking pink dari rekaan  Vetements, memang cukup mewah sekali.

Foto – Getty

#9 Suit merah jambu sudah menjadi trend kian lamanya, kini kembali lagi dibentangkan untuk fesyen 2019. Sebagai contoh, Kaia Gerber melangkah penuh berani dalam suit satin merah jambu rekaan Salvatore Ferragamo.

Foto – Getty

#10 Rapper Cardi B membuat entrance paling dramatik dalam gaun luar biasa rekaan Thierry Mugler 1995 Fall Couture. Siapa sangka padanan hitam, krim dan merah jambu terlihat sempurna.

Foto – Paper Magazine

Asyik baju pengantin warna putih, kali ini cuba bertukar ke pink. Boleh tahan cantik.

Selamat Beramal!

BACA  Murah Weh! Gigi Hadid Sarung Trend Sepatu 2019 "Kitten Heels" Charles & Keith