Azam 2019, nak kulit lagi cantik berbanding yang sedia ada… Senang cerita ada yang impikan miliki fizikal bak aktres Korea. Nama seperti Park Shin Hye, Song Hye Kyo, Song Ji Hyo, Choi Ji Woo atau Bae Suzy berada di fikiran.
Bagi merealisasikan dan mengekalkan azam tahun baru, anda patut memilih toner, pelembap serta serum yang sesuai dengan kulit. Namun, usahlah bimbang kerana Aprilskin mempunyai segala yang anda perlukan.
Rangkaian Aprilskin Pink Natural
Aprilskin memperkenalkan penyelesaian kulit berasaskan herba dan air – Rangkaian Pink Natural daripada siri Back to True Natural (BTTN) yang menyasarkan kulit kering dan berminyak. Katanya penggunaan berterusan akan membuatkan kulit sihat lagi bertambah berseri.
Dihasilkan daripada pelbagai bahan semula jadi berasaskan tumbuh-tumbuhan, seperti air Oregano semula jadi dan ekstrak winter green leaf, rangkaian Aprilskin Pink Natural dihasilkan bagi melegakan kulit dan mengetatkan pori-pori. Khasiat herba yang digunakan dalam rangkaian ini adalah berasal dari Fontainebleau, Perancis yang dihantar dalam botol-botol yang dibekukan segera pada suhu -62ºC untuk mengekalkan khasiat tersebut supaya dapat mencapai kemurajaban lebih tinggi.
Rangkaian Pink Natural merangkumi Pink Natural Toner (RM100), Pink Natural Ampoule (RM109) dan Pink Natural Cream (RM117) yang kini boleh didapati di kedai-kedai Guardian terpilih.