Everything from head to toe terlihat cantik dan menawan. Itu yang dapat penulis simpulkan dengan fesyen pilihan penyanyi yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, Miley Cyrus.
Miley tampil serba hitam dalam suit dari Mugler bak lelaki ketika berjalan di karpet merah Grammy 2019 yang sedang berlangsung sekarang. Tetapi percayalah penampilannya lagi cool dari lelaki. Memberi sedikit elemen seksi, Miley memilih untuk tidak memakai sebarang inner di dalamnya, lantas menampakkan cleavage.
Diserikan lagi dengan solekan ‘no makeup look’ dengan dandanan rambut gaya basah menyerlahkan Miley dengan imej sweet girl.
Tak tahu pada anda tapi penulis sukakan imej Miley sebegini. Dia kelihatan sihat dan bahagia sekali – seri orang baru kahwin la katakan….
Mungkin selepas ini korang boleh jadikan suits Miley sebagai inspirasi..
Kenapa cantik sangat Miley?