Makanan

Ikut Cara IU ‘Makan Secara Perlahan’ Kalau Nak Kurus

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Ikut Cara IU ‘Makan Secara Perlahan’ Kalau Nak Kurus

Baru-baru ini, penulis menonton program realiti Korea “Hyori’s Bed and Breakfast” yang menampilkan pasangan selebriti Lee Hyori dan Lee Sang-soon bersama penyanyi IU menyediakan perkhidmatan homestay di rumah mereka.

Apa kaitannya dengan tajuk di atas, terdapat satu episod di mana pasangan suami isteri ini mengajuk cara IU makan yang agak perlahan berbanding dengan kebiasaan orang Korea. IU dilihat makan dengan penuh tertib, menutup mulut dan mengunyah lama dan mengambil setiap makanan secara satu-persatu menarik perhatian pasangan tersebut.

Dan siapa sangka cara IU ini menjadi trend ikutan anak muda di Korea. Rata-rata netizen menyukai adab sopan yang ditunjukkan IU melalui cara pemakanannya dan ingin tahu kebaikan dari amalan makan secara perlahan.

Kesihatan Terjamin

Tahukah kamu, cara seseorang makan sama ada laju atau perlahan boleh menunjukkan sama ada individu berkenaan berisiko menghidap penyakit jantung, strok dan diabetes.

Satu penyelidikan dari Associated Press of Pakistan (APP), makan dan kunyah secara perlahan, membantu melambatkan sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan tahap kolesterol tidak normal. Sebaliknya, makan dengan terlalu laju atau cepat boleh menyebabkan gula dalam darah turun naik, yang boleh menyebabkan rintangan terhadap insulin.

Foto – NBC News

Menurut penyelidikan yang dikemukakan American Heart Association Scientific Sessions 2017, makan dengan lebih perlahan berupaya menjadi kunci penjagaan kesihatan dan tubuh badan. Makan dengan laju dikaitkan dengan peningkatan berat badan, pinggang lebih besar dan glukosa dalam darah lebih tinggi.

Selain itu, mengunyah makanan secara perlahan, membolehkan otak menerima isyarat kenyang bermakna anda lebih cenderung berhenti makan sebelum kekenyangan. Sementara, mereka yang mengunyah makanan atau makan dengan cepat, cenderung tidak berasa kenyang dan akan makan lebih banyak.

Cara Rasulullah S.A.W

Islam juga mengajar kita untuk makan secara perlahan dan mengunyahnya dengan baik. Beberapa penelitian telah membuktikan bahawa mengunyah dapat merangsang keluarnya enzim air liur dan enzim dalam usus yang berfungsi memudahkan proses percernaan makanan. Sebagai contoh, proses pencernaan dapat menghancurkan unsur selulosa pada beberapa buah dan sayuran, yang dapat memudahkan masuknya enzim-enzim ke seluruh bahagian zat makanan.

Baca: Amal Cara Makan Rasulullah Kalau Nak Makanan Lawas, Bebas Penyakit

Foto – keywordhouse.com

Beberapa orang bijak Arab juga pernah berkata,”

“Jangan kalian makan buah, kecuali setelah matang, dan kunyahlah dengan baik. Dan janganlah kalian makan sementara dalam perut masih terisi makanan.”

Rasulullah S.A.W selalu makan makanan dengan mengecilkan suapannya dan mengunyahnya berkali-kali. Selain itu, Rasulullah tidak menyuap makanan sebelum suapan yang sebelumnya selesai ditelan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW

“Kecilkan suapan dan mengunyah sebaiknya”

“Janganlah menghulurkan tangan pada suapan yang lain sebelum menelan suapan pertama”

Jadi selepas ini makan dengan tertib dan jangan gelojoh. Katanya Tun Mahathir dan isteri juga mengamalkan makan secara perlahan juga tau. Jadi, korang tak akan baca je, mula amal sekarang.

Selamat Menjamu Selera!

RUJUKAN : 12345