Fesyen, Lookbook

Hadiahkan Anak Dengan Koleksi Fesyen Gah PUMA x Sesame Workshop

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Hadiahkan Anak Dengan Koleksi Fesyen Gah PUMA x Sesame Workshop

Ucapkan selamat kembali kepada karakter-karakter lucu kegemaran ramai termasuklah Cookie Monster, Elmo, Bert dan Ernie kerana Sesame Street buat kali yang keempat bergabung dengan jenama fesyen sukan global PUMA untuk koleksi musim Bunga/Panas kanak-kanak 2019!

IKLAN

Bagi menyambut ulang tahun Sesame Street yang ke-50, PUMA bersama Sesame Workshop tampil hebat dengan helaian fesyen berkualiti lagi menarik hati untuk si cilik -terdiri daripada pelbagai gaya dan perincian motif ceria untuk gaya kasual bersahaja.

Foto -Arkib Wanista

Setiap satunya mengetengahkan karakter-karakter utama dari program televisyen popular itu termasuklah Muppets of Sesame Street sambil dihiasi pelbagai palet warna yang memukau, khas untuk kanak-kanak masa kini.

Foto -Arkib Wanista

Dapatkan dari helaian pakaian seperti jaket, baju-T hinggalah kepada item aksesori untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan umpama beg galas serta topi, si cilik pasti kelihatan comel dalam persalinan PUMA x Sesame Workshop ini!

Foto -Arkib Wanista

Jangan khuatir kerana bagi kamu yang terfikir untuk menghadiahkan mana-mana helaian dan item fesyen PUMA x Sesame Workshop ini, setiap satunya akan hadir dalam kotak pembungkusan menarik yang pastinya sesuai dijadikan bingkisan paling unik!

Foto -Arkib Wanista

Hanya boleh didapati di gedung PUMA Malaysia cawangan KLCC dan Sunway Pyramid, koleksi PUMA x Sesame Workshop boleh dibeli pada harga bermula RM79 hingga RM359.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/PUMAMalaysia]. Cepat sebelum stok habis!

IKLAN