Semasa mengandung sudah banyak pantang telah ditempuhi, sekarang tiba pula berpantang selepas bersalin. Lagilah penuh pancaroba perlu dihadapi dengan keadaan menjaga bayi yang masih merah untuk dijaga. Ketika berpantang penting si ibu ditemani sekurang-kurang orang yang berpengalaman tentang pantang atau bersama suami. Pentingnya berpantang bukan sahaja mengembalikan bentuk badan, tapi memperbaiki semula kadar kesihatan tubuh, fizikal dan mental si ibu.
Biasa kita dengar orang bersalin akan berpantang sehingga 44 hari dan selepas itu mereka boleh melakukan aktiviti seperti biasa dengan kadar ringan. Ibu-ibu yang bekerjaya lazimnya mengamalkan pantang 44 hari, iyalah mana ada masa untuk bertangas atau tuam badan hampir setiap hari.
Namun kini ramai pula yang menyahut cabaran untuk berpantang sampai 100 hari! Kebaikan pantang 100 hari kembali didengari ibu-ibu masa kini. Walaupun kebaikannya banyak tapi anda kena tahu cabaran juga bukan biasa-biasa.
Cabaran Pantang 100 Hari
#1 Tidak boleh mandi dengan air sejuk
#2 Elak menggunakan penghawa dingin
#3 Tidak boleh mengangkat benda berat
#4 Tidak boleh kena air hujan
#5 Jangan makan makanan tajam seperti nanas, rebung, air kelapa dan tebu sehingga tempoh 6 bulan selepas bersalin.
#6 Pantang untuk ‘bersama’ suami walaupun darah nifas kering
Kelebihan Pantang 100 Hari
Pantang 100 hari boleh membantu seseorang wanita itu mengembalikan bentuk badan kepada asal, memulihkan organ dalaman, menyembuhkan luka akibat kelahiran, membetulkan kembali rahim dan menegangkan kembali faraj.
Ia juga untuk memastikan kesihatan ibu benar-benar sihat dan mengembalikan semangat baru buat si ibu. Malah untuk ‘bersama’ suami juga lebih yakin dan tidak memikirkan kesan trauma pada pembedahan.
Baca Juga: Larangan Ketika Berpantang Yang Bawa Mudarat Kalau Tak Ikut
Walaubagaimanapun ia terpulang pada tuan empunya badan untuk berpantang kerana ia memerlukan kos masa dan kestabilan emosi yang baik. Jika tidak mampu cukuplah selama 44 hari dan lakukan aktiviti bertangas, urut mengikut konsistensi.