Tips

Tips Kerja! 4 Cara Nak Kawal Bos Yang Suka Mendesak

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Tips Kerja! 4 Cara Nak Kawal Bos Yang Suka Mendesak

Menyampahnya…malam-malam dapat lagi Whatsapp dari bos suruh buat itu ini. Lebih teruk senarai tugasan yang dihantar pada malam hujung minggu. Terus rasa spoil sahaja mood hendak bermalasan. 

IKLAN

Pasti diantara kita pernah bekerja dengan ketua yang suka mendesak atau sepertinya dia langsung tiada life lain selain kerja! Kadang sampai menganggu waktu cuti yang diperuntukkan sehingga mendesak anda untuk datang ke pejabat bagi menyelesaikan tugasan yang baru diterima. 

#1 Abaikan Whatsapp

Jika tiba hari Sabtu dan Ahad atau hari cuti yang anda sudah apply, mohon abaikan sahaja segala tuntutan tidak munasabah dari bos. Bukannya dia tidak tahu anda sedang bercuti, malah dia sendiri yang approve permohonan cuti anda. Bagi mereka yang tidak biasa buat, mula-mula memang akan rasa bersalah. Tapi cuba anda fikir masak-masak, adakah kerja yang ditanyakan itu perlu segera dan adakah anda dibayar jika bekerja semasa bercuti? Jika jawapannya TIDAK, maka tak perlulah anda peduli pun. Tamat cuti baru sambung kerja ya. 

#2 Sabar sabar sabar…

Tiada apa lagi yang anda boleh lakukan selain sabar. Bersabarlah dengan segala helah desakan bos anda yang suka mengapikan-apikan perkara yang kecil. Sabar….

Foto – Skybluetan News
#3 Sediakan senarai kerja

Anda kena lakukan langkah bijak sebagai contoh, sediakan satu senarai atau buku tugasan dimana setiap kerja yang diterima ditulis dan dicatit. Dari situ bukan anda sahaja dapat lihat progress malah bos anda juga. Kalau setiap kali dia bertanya tentang kerja dah siap ke belum. Tunjuk sahaja progress yang telah anda lakukan. Barulah dia faham yang semakin banyak kerja yang diberi semakin lambat proses kerja yang lain siap. Bos kena faham konsep itu. 

#4 Fokus dengan tugasan

Jika ada perkara kecil yang ditegur oleh bos kamu usah dipertikaikan seperti kes besar. Kembali fokus dengan tugasan yang telah ditetapkan. Jika anda terlalu mengikut kehendak desakan yang tidak masuk akal, makin lama bos anda akan naik lemak. Anda kena bijak untuk tahu isu-isu yang mana patut diuruskan dahulu dan kemudian.

Foto – Her.ie

Masuk kerja nanti jangan nak lemah semangat bila tengok muka bos, ambil perkara ini sebagai cabaran anda atau buat rileks sahaja. Selamat beramal! 

IKLAN