Turun pasang naik kehidupan ini tiada siapa yang tahu. Begitulah yang terjadi dengan seorang model yang pernah hidup dalam dunia glamor kini jatuh ditepian jalanan.
Nastasia Urbano, 57 tahun dilaporkan telah menjadi gelendangan sejak mengalami masalah rumah tangga. Dia yang dahulunya antara model majalah fesyen terkemuka Vogue dan pernah menjadi wajah untuk jenama kecantikan Revlon dan minyak wangi Yves Saint Laurent.
Semasa aktif dalam dunia modelling, Urbano menerima keuntungan melimpah sehingga jutaan dolar dengan hanya bekerja selama 20 hari dalam masa setahun.
Urbano mengaku dia pernah hidup seorang ratu, menjalinkan hubungan dengan selebriti Hollywood dan menghadiri pelbagai resepsi majlis mewah. Sebut sahaja nama seperti Harisson Ford, Melanie Griffith, Andy Warhol atau Madonna, Urbano pernah mengenali mereka semua.
Walaupun begitu bagi Urbano wang bukan segala-galanya dan kerana itulah dia sangat murah hati untuk melakukan bermacam amal kebajikan. Laporan lain juga mengatakan dia kehilangan semua harta setelah dibawa lari oleh bekas suami dan anak-anak.
Kini Nastasia Urbano tinggal bersama seorang rakan dikenali sebagai Toni, baginya dia tidak boleh tinggal di rumah Toni selamanya. Sampai masa dia akan keluar dari situ dan mencari-cari tempat baharu untuk berlindung.
Harapan Urbano untuk kembali pulih dari masalah kemurungan dan dapat bertemu semula dengan dua anak yang disayangi. Dia sedar kemungkinan anak-anak tidak lagi mahu berjumpanya dengannya tapi itulah yang diinginkan sekarang.