Beg tangan adalah aksesori yang merupakan kemestian bagi mana-mana wanita, baik yang bergaya feminin mahupun ranggi bersahaja.
Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan wanita hari ini, saiz beg tangan sangat diutamakan bahkan ramai memilih untuk mengenakan tag yang bersaiz genit kerana lebih nampak versatile dan mudah diheret kemana-mana sebagai tempat untuk menyimpan barangan peribadi seperti telefon pintar mahupun dompet.
Seperti Fendi Baguette, beg tangan klasik ini nampaknya kembali menjadi pujaan ramai meleihatkan jenama feysen berprestij itu tampil dengan kempen baharu memperkenalkan filem pendek #BaguetteFriendsForever selari dengan pengeluaran tas tangan Baguette yang sudah diberi nafas baharu menerusi koleksi Fendi musim Bunga/Panas 2019.
Tonton Filem Pendek #BaguetteFriendsForever oleh Fendi
Fakta Tentang Fendi Baguette Yang Ramai Tak Tahu
#1 Dicipta Oleh Wanita Yang Tidak Feminin
Meskipun rekaan Fendi Baguette dikira sangat feminin dan ada antaranya yang dihiasi butiran permata, perincian bulu-bulu, manik serta cetakan dramatik, hakikatnya ia adalah rekaan pereka fesyen yang pada asalnya bertugas untuk menguruskan koleksi pakaian lelaki.
Silvia Venturini Fendi nama diberi, beliau adalah cucu kepada Adele dan Eduardo Fendi yang merupakan pengasas asal jenama fesyen Fendi. Apa yang menarik, Silvia tidak pernah mendedahkan usia sebenar dirinya namun memiliki tiga orang anak dan kesemua anaknya kini sudah berusia lewat 20an dan awal 30an.
#2 Ilham Dari Roti Perancis
Menurut sumber, Silvia mendapat ilham rekaan Fendi Baguette menerusi roti jenis perancis dipanggil “Baguette” yang lazimnya akan dibawa dengan cara mengepitnya di bawah ketiak.
#3 Popular Sejak 1997
Tahukah kamu, sejak Fendi Baguette diperkenal pada 1997, beg tersebut terjual lebih 100,000 unit pada tahun pertamanya dan kerana itu ia dianggap “It-Bag”.
#4 Episod Sex and the City Bantu Promosi
Dalam salah satu episod drama popular Sex and The City, Sarah Jessica Parker yang membawa watak utama sebagai Carrie Brads membawa beg Fendi Baguette jenis sequin rona ungu sambil berjalan di kaki lima kota New York.
Walau bagaimanapun, suatu ketika ada seorang perompak telah meminta dia memberikan beg tangan tersebut “Gimme your bag”dan Carrie menjawab “Uh? It’s a Baguette”. Sejak itu, Fendi Baguette semakin menjadi buruan wanita fashionista ketika itu.
Boleh tonton ketiga-tiga filem pendek #BaguetteFriendsForever di Youtube rasmi Fendi dan semua akaun media sosial Fendi termasuk Facebook [DI SINI].
Jom gayakan beg tangan yang disangkut ke bahu mulai hari ini. Pasti trending! ❤️