Sedih, tirai 2019 dibuka dengan berita bahawa gedung membeli-belah Parkson Malaysia cawangan KLCC yang dibuka sejak 1998 dan meliputi kawasan sebesar 126,000 kaki persegi itu bakal ditutup gara-gara perubahan dinamik pasaran hari ini sekaligus membuatkan mereka kerugian besar.
Menerusi laporan Star Online hujung minggu lalu, Parkson cawangan KLCC seterusnya ada menganjurkan jualan murah besar-besaran bagi “melicinkan” kesemua barangan jualan mereka sehingga 17 Februari ini.
Untuk pengetahuan semua lagi, Parkson cawangan KLCC adalah gedung tiga tingkat dan mereka merupakan penyewa terawal di KLCC sejak pembukaan Suria KLCC 21 tahun dahulu.
Walau bagaimanapun, ada pihak merasakan Suria KLCC telah berlaku tidak adil terhadap jenama keluaran Malaysia sendiri kerana turut melucutkan peyambungan kontrak penyewaan kepada gedung pakaian BritishIndia (juga jenama Malaysia), malah langsung tidak memberi sebarang pilihan lain selain hanya mahu menamatkan terus kontrak BritishIndia.
Kata sumber lagi, Suria KLCC yang sengaja nekad mahukan kembali tapak gedung Parkson (tanpa kerelaan Parkson) untuk melakukan perubahan segera terhadap pusat membeli-belahnya dengan mencari penyewa baru yang lebih berpotensi.
Sebelum ini, BTC Clothier Sdn Bhd gagal untuk terus beroperasi di Suria KLCC dan pengasasnya, Liew Yam Ngoon, menganggap tindakan Suria KLCC itu merupakan satu tindakan diskriminasi terhadap jenama-jenama Malaysia sendiri.
BACA: 25 Jenama Mewah Disangka “Overseas Brand” Ni Sebenarnya Buatan Malaysia!
Parkson kini memiliki lebih 100 cawangan seluruh Asia dan 40 cawangan dalam negara namun pada tahun lalu, ia telah menutup cawangannya yang berada di Maju Junction meliputi kawasan seluas 220,000 kaki persegi biarpun telah beroperasi sejak 2014.
Dalam perkembagan lainnya, Parkson juga telah menutup cawangan di Sungei Wang Plaza yang telah dibuka sejak 1987 serta cawangannya di Flemington outlet dekat Ho Chi Mingg City, Vietnam.