Hiburan

Aktres Jennifer Lawrence Dah Bertunang. Lihat Gambar!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Aktres Jennifer Lawrence Dah Bertunang. Lihat Gambar!

Katniss Everdeen dah bertunang!

Aktres kesayangan ramai Jennifer Lawrence selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan. Siapakah individu bertuah tersebut?

Foto – The Independent

Menurut E News, jurucakap Lawrence mengesahkan perkara berkenaan setelah spekulasi mengenainya mula diperkatakan apabila pelakon wanita itu dilihat memakai cincin berlian sewaktu temu janji dengan tunangnya, Cooke Maroney yang juga merupakan pemilik galeri seni.

Foto – Twitter

Katanya, Lawrence, 28 tahun, dan Maroney, 34 tahun, mula berpacaran sekitar Jun 2018 setelah diperkenalkan oleh rakan baik Lawrence ketika majlis anugerah Oscar 2014.

Foto – 234Star

Agaknya bila majlis mereka berdua ye?

RUJUKAN : 12