Kembara

Only In London! Singgah Depan Pintu Rumah Orang Untuk Gambar Ala “Instafamous”

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Only In London! Singgah Depan Pintu Rumah Orang Untuk Gambar Ala “Instafamous”

Ada sesuatu hal yang mungkin ramai terlepas pandang apabila tidak menyedari bahawa London bukanlah kota yang cuma untuk menawarkan pemandangan seni bina klasik bersejerah semata namun, warna-warni yang menghiasi setiap pelusuk daerahnya juga bisa dijadikan inspirasi buat si kaki foto.

Kalau sebelum ini ramai yang asyik berfoto sambil berlatarkan pencakar langit atau di taman-taman bunga, mungkin kali ini boleh tumpang bergambar di hadapan rumah orang?

Daun Pintu Warna-Warni Jadi Tumpuan #Instafamous?

Jika melihat dari segi normanya, pintu-pintu di kawasan kejiranan sekitar kota London adalah diperbuat daripada material kayu tebal. Elemen yang menghiasi daun pintu seperti cermin, panel, slot surat, tombol dan besi pengetuk pintu pula menurut sumber adalah rekaan daun pintu yang dipanggil “Victorian Style” yang popular sejak abad ke-21.

Sumber: Pinterest

Sememangnya banyak kawasan kejiranan di London yang memanfaatkan daun pintu jenis klasik yang diwarnakan mengikut cita rasa si tuan rumah. Ada pula, bangunan rumah mereka diwarnakan dengan cat-cat pelbagai rona untuk menaikan seri kediaman sehingga ia menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara untuk merakam foto-foto seharian seperti #OOTD dan sebagainya.

7 Kawasan Kejiranan Di London Paling Berwarna-Warni

#1 Chalcot Square, NW1

Sumber: Pinterest

#2 Portobello Road, W11

Sumber: Pinterest

#3 Chalcot Crescent, NW1

Sumber: Pinterest

#4 Conduit Mews, W2

Sumber: Pinterest

#5 Kelly Street, NW1

Sumber: Pinterest

#6 Denbigh Terrace, W11

Sumber: Pinterest

#7 Bywater Street, SW3

Sumber: Pinterest

Jadi kalau ke London sepanjang musim bunga bermula pertengahan bulan Februari ni, jangan segan-silu menapak depan rumah orang untuk rakam foto berkelas untuk dikongsikan di Instagram. Mesti ada pengikut korang yang makan hati nanti! Boleh berkunjung ke 7 kawasan cadangan penulis di atas tadi okay?

Sumber: Pinterest

Oh, tak perlu risau, kamu tak akan dimarahi atau dihalau. Mereka dah biasa terima “tetamu” di depan rumah :P 

Selamat melancong semuanya! ❤️

RUJUKAN 1, 2, 3, 4

BACA  MUJI Buka Hotel, Ini Harga Dan Dekorasi Minimalis Memikat Wanista