Pada tahun lalu saja, Meghan Markle merupakan salah seorang ikon fesyen yang paling berpengaruh di dunia. Setiap fesyen dan gaya dari pelbagai jenama yang dipakai oleh wanita ini menjadi sebuah fenomena sehingga digelar “Meghan Effect”. Pasti anda juga terkesan mahu memiliki satu atau dua item milik Meghan, kalau tidak miliki yang sama memadai tiru gaya sudah cukup.
Paling terkesan adalah ketika melawat New Zealand, sneakers Meghan Markle hangat menjadi perbualan dan carian di internet. Rata-rata netizen meminati sneakers putih yang dipakai wanita yang sedang sarat hamil itu.
Sneakers mampu milik dari jenama Veja dilaporkan berharga USD150 ( >RM613). Popularitinya juga meningkat sebanyak 113% selepas Meghan memakai koleksi V10 ketika lawatan, menurut laporan platform pencarian fesyen global Lyst. Menurut laporan Lyst, sneakers V10 adalah produk “terpanas” ketiga dalam fesyen wanita.
Memandangkan sukar untuk dimiliki kerana laku keras, di bawah beberapa sneakers dengan rekaan yang sama tetapi berbeza jenama.
Puma Cali
Vans Old Skool Classic
Reebok Club C
Adidas Continental 80
Betullah marketing terbaik untuk melakukan sesuatu produk adalah menggunakan khidmat selebriti. Confirm Laku Keras!