Makanan

Menu Stik Empuk Tony Roma’s Fortune Feast Serendah RM38.88 Je!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Menu Stik Empuk Tony Roma’s Fortune Feast Serendah RM38.88 Je!

Melihatkan Tahun Baru Cina masih lagi berlangsung di mana-mana, tahukah kamu bahawa restoran stik mewah yang popular kerana menawarkan seleksi hidangan enak -hadir dalam kuantiti banyak dan sering mengutamakan keseronokan berganda apabila berkongsi makanan dalam kalangan pelanggannya musim ini tampil dengan menu dipanggil Fortune Feast!

Tony Roma’s sentiasa komited mengetengahkan hidangan-hidangan menarik lagi sensasi buat para penggemar stik dan istimewa untuk sambutan Tahun Baru Cina 2019 yang masih hangat buat beberapa minggu lagi, kamu kini berpeluang menikmati pilihan Yee Sang dipanggil Proseprity Salad with Grilled Salmon (RM58.88) mahupun Wealthy Salad with Baby Octopus (RM48.88) yang ditabur dengan butiran limau barli, hirusan salmon gril, sotong bersira yang kenyal baklan sayurannya semua sejuk membuatkan kunyahan kamu berasa segar tak terkata! Penulis dah rasa, memang sedap rupanya makan Yee Sang yang bertekstur sejuk, sayur-sayurannya juga terasa rangup sekali.

Sumber: Tony Roma’s Malaysia

Tidak cuma itu, jangan ketinggalan untuk dapatkan kombinasi Reunion Meal (RM138.88) yang terdiri dari daging rusuk empuk yang siap disira sos sapuan istimewa berserta separuh ekor ayam BBQ dan udang goreng istimewa sambil bertilamkan daun salad segar. Jangan takut tak habis, kerana menu ini sememangnya ditawarkan buat kamu yang gemar berkongsi dan boleh dimakan sehingga 4 ke 5 orang tau?!

Sumber: Tony Roma’s Malaysia

Kalau nak lebih jimat untuk makan berdua atau bertiga bersama teman, boleh cuba tempah Buddy Meal (RM98.88) yang terdiri dari daging empuk yang diambil dari bahagian bahu kambing serta separuh ekor ayam BBQ. Kamu juga boleh memilih 4 seleksi hidangan sampingan seperti salad, kentang enyek dan lain-lain sebagai pelengkap hidangan yang lebih mengenyangkan.

Sumber: Tony Roma’s Malaysia

Buat penggemar burger sekalian pula, rasai Beef Burst Burger, Steakhouse Burger atau Wild Mushroom Burgeryang cuma ditawrakan padaharga serendah RM38.88 setiap satu! Siapa kata nak makan daging stik perlu ada ongkos yang banyak? Boleh lekas bawa kawan-kawan atau keluarga ke Tony Roma’s untuk jangka masa segera sebelum promosi Fortune Feast tamat sekitar pertengah bulan ini.

Sumber: Tony Roma’s Malaysia

Untuk keterangan lanjut, klik [facebook.com/TonyRomasMalaysia] atau lawat laman sesawang rasmi Tony Roma’s Malaysia di [tonyromas.com.my]. Selamat menjamu selera! ❤️

BACA  Koleksi Meriah Lucky Red oleh M.A.C Menusuk Kalbu Untuk Tahun Baru Cina!