Sebagai manusia, umur panjang adalah perkara yang sering diidamkan ramai orang. Namun begitu, kesihatan pula harus dititik beratkan kerana ia adalah perkara asas yang perlu diutamakan bagi memastikan tubuh bisa berfungsi dengan baik sekaligus memanjangkan usia individu.
Tahukah kamu bahawa kacang termasuk kacang tanah dikaitkan sebagai antara makanan yang mampu memanjangkan usia manusia? Bahkan, ia juga menjadi penyembuh (makanan penawar) terhadap insan yang menghidap penyakit atau kondisi kritikal seperti obesiti, diabetes, perokok dan kaki alkohol.
Untuk pengetahuan semua, kacang adalah makanan ajaib yang memiliki elemen serat (fiber), justeru ia mampu menurunkan kadar kolesterol dengan seimbang di samping sangat kaya dengan vitamin untuk membersih pembuluh darah bagi mengelak sebarang lemak atau partikel jahat menyumbat lorong-loring lalu darah seterusnya mampu menyebabkan sakit jantung.
Sebuah kajian yang dilakukan terhadap subjek terdiri dari orang Asia, orang barat dan beberapa orang hitam, dengan hanya mengamal makan kacang, kumpulan-kumpulan etnik yang terdiri dari manusia berbilang bangsa ini mampu menunjukkan ciri-ciri positif di mana usia mereka ternyata lebih panjang.
Tak Perlu Makan Kacang Mahal
Menurut pakar yang menjalankan kajian di atas, seseorang tidak perlu makan kacang yang mahal seperti pecan mahupun macadamia, ini kerana kacang seperti dari jenis kacang tanah juga mampu menyumbang elemen positif terhadap kualiti kesihatan yang seterusnya mampu memanjangkan umur, In shaa Allah.
Suku Cawan Kacang Setiap Hari
Menurut pakar, selain memakan buah-buahan yang kaya dengan serat seperti kurma dan kiwi, kamu juga dengan mudah boleh memakan kacang. Tambahan pula, ia boleh memanjangkan usia kamu dengan mengawal kemunculan penyakit kronok di dalam badan.
Cuma perlu amalkan memakan suku cawan kacang setiap hari – sama ada dengan memakan mentah atau boleh juga menyangai kacang di atas api perlahan (tanpa minyak) untuk buat rasanya lebih sedap.
Patutlah sunnah nabi juga menyarankan kita untuk banyak memakan kekacang! Kalau di Makkah, merata tempat penjaja menjual kekacang dari pelbagai jenis. kalau ada kawan yang ke sana boleh kirim. Selamat beramal ❤️