Kalau biasa membuat kerja rumah, perkara paling remeh untuk dicuci adalah dapur yang berminyak betul tak? Memang sukar hendak membersihkan kesan minyak lebih-lebih lagi apabila mencuci dengan air semata. Kadang-kala sabun pula akan melecehkan kerja-kerja mencuci apabila ia perlu dibilas berkali-kali sebelum membuat dapur kamu bersih berkilat.
Untuk suri rumah yang mahu menyenangkan rutin harian dan semua ibu-ibu yang berkerjaya dan tak gemar menghabiskan masa berehat dirumah untuk melakukan kerja-kerja mengemas yang rumit, ini cara terbaik mengilatkan dapur gas -baik dapur zink mahupun dapur kaca, cuma guna satu bahan dari dapur ni je~
CARA:
1. Alihkan barang-barang dapur yang ada dikeliling kawasan dapur gas, pastikan api sudah ditutup rapi.
2. Alihkan besi tungku yang ada di bahagian atas dapur gas.
3. Taburkan tepung gandung di sekitar permukaan dapur, gunakan tangan untuk meratakan tepung.
4. Jangan risau kalau tepung berselerak, fungsi tepung ini ia akan menyerap segala minyak dan kotoran yang melekat pada bahagian permukaan dapur tu.
5. Bersihkan tepung guna kain. Tadaaa! hasilnya dapur sudah bersih berkilat macam dapur baru.
Senangkan guna cara ni? Lain kali kalau dapur berminyak, tak perlu susah-susah sental guna kain sampai dapur licin. Tabur tepung je!
SUMBER: Perkongsian dari Facebook/Idel Hayarnulis