Tips

Praktik Tips Ini Agar Orang Tak Pandang Pelik Saat ‘Makan Sendirian’

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Praktik Tips Ini Agar Orang Tak Pandang Pelik Saat ‘Makan Sendirian’

Makan seorang diri atau bersendirian adalah perkara yang mahu dielakkan setiap orang, terutamanya individu wanita kerana tidak mahu dilabel tiada teman dan seorang yang menyedihkan. Kamu salah seorang?

IKLAN

Zaman sekarang pemikiran makan bersendirian yang dianggap menyedihkan itu perlu dibuang jauh, malah setiap orang punya kekangan masa masing-masing. Jangan tak tahu, makan secara sendirian boleh dikategorikan sebagai “me time”, iaitu suatu perkara yang dilakukan sebagai menghargai diri sendiri.

Tumblr

Agar tidak kelihatan canggung, cuba praktik tips ini…

Bawa Buku/Majalah

Wanista cadangkan anda membawa bersama sebarang buku, majalah atau novel untuk mengelakkan timbul sebarang kejanggalan. Atau sekarang anda hanya perlukan telefon pintar ataupun laptop dan wifi, memandangkan semuanya kini hanya di hujung jari.

Pilih Lokasi

Cuba untuk memilih restoran atau kedai makan yang bukan menjadi tumpuan umum. Seeloknya pilih waktu lenggang, sekurang-kurangnya, anda tidak perlu berebut tempat.

Makan Secara Perlahan

Jika anda tidak pernah makan sendirian, jadi mulakan dengan sarapan atau minum kopi di kafe, sebelum anda cuba makan malam sendirian. Ia adalah untuk membiasakan diri anda dengan situasi bersendirian, di samping untuk mendapatkan keyakinan diri.

Pilih Meja

Makan di tempat yang sesak atau menjadi pilihan ramai mungkin sedikit sebanyak mendatangkan rasa janggal pada diri anda. Jadi pilih meja yang sesuai dan tidak berdepan dengan khalayak. Bukan untuk meminggirkan diri tetapi sekadar untuk memberikan keselesaan pada anda.

Berhenti Buat Andaian

Anda tidak perlulah membebankan fikiran dengan merasakan individu lain yang berada di restoran sedang memerhatikan atau kasihankan anda. Percayalah tiada siapa yang kisah, mereka mungkin sedang sibuk melihat menu dan langsung tidak menghiraukan kehadiran anda. Jadi berhenti untuk fikir secara berlebihan, nikmati makanan anda.

Selepas ini tak perlu nak malu-malu kalau makan seorang diri ye.. Relax and enjoy your food!

IKLAN