Tips - Percintaan

Perubahan Yang Wanita Alami Selepas Berumah Tangga

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Perubahan Yang Wanita Alami Selepas Berumah Tangga

Anak dara yang mulut atau tak habis meluahkan hasrat ingin berumah tangga dinasihatkan untuk baca artikel ini sampai habis. 

Memang sudah menjadi lumrah manusia untuk hidup berpasang-pasangan. Allah SWT telah menciptakan setiap dari kita memiliki pasangan masing-masing untuk melengkapi segala ruang yang ada. Pada pasangan kitalah tempat kita berkongsi suka, mencurah duka dan menyimpan cinta rindu. Kalau difikirkan sahaja pun dah boleh rasa bahagia.

Namun apa yang perlu kamu semua tahu (anak dara) dunia ini tidak indah belaka. Pengorbanan perlu dilakukan untuk mengecap segala rasa bahagia. Ya realitinya perit tapi bila anda perlahan-lahan belajar tentang hikmah disebalik pengorbanan itu. Ini perubahan dan pengorbanan yang memang akan ditempuh setiap seorang wanita bergelar isteri 

#1 Masa

Kekangan masa sudah menjadi satu perkara lazim, sejak dari masa single tapi dah berkahwin ia jadi double triple susahnya. Fikirkan sahaja tentang balik kampung masa Aidilfitri, sudah tentu si isteri kena mengalah kerana perlu dahulukan suami untuk bertemu dengan ibunya. Iyalah, lelakinya syurganya pada ibu. 

Selepas berkahwin, 24 jam anda harus diperuntukkan untuk suami juga. Kadang anda akan sedar tiada lagi me time, kecuali suami pergi outstation

#2 Emosi 

Wanita sinonim dengan emosi umpama roller coaster sekejap ketawa, sekejap menangis. Mungkin awal perkahwinan anda boleh lagi nak lagak mengada-ngada tapi bila dah lama suami pun boleh naik muak.  Janganlah hendak mengharapkan si suami faham anda 100%, dia juga seorang manusia biasa. Disinilah anda kena tahan sabar dan bijak mengimbangi emosi dan peranan sebagai seorang isteri. 

Marah mana pun anda pada suami, anda harus ingat dia seorang suami yang perlu anda taati dan hormati. Syurga dibawah telapak kaki suami. Kecuali memang suami jauh tersasar dan melakukan perbuatan dayus. 

Foto – Step To Health
#3 Tak boleh selfish 

Serius, zaman bujang memang zaman bebas. Kalau teman lelaki ada masalah sekalipun ia tiada kena mengena sangat pun dengan kamu. Namun bila dah jadi suami, hah! Segala pancaroba yang dia alami, kamu juga akan terasa bebannya. 

Kalau anda hanya mahu waktu indah sahaja, lupakan sahaja niat untuk berkahwin. 

#4 Fizikal 

Ini yang paling ramai tertekan kerana perubahan fizikal memang boleh terjadi pada semua wanita. Lebih lagi kalau sudah melahirkan anak. Bagi penulis jangan jadikan kahwin sebagai alasan untuk anda tidak dapat menjaga badan. 

Menyampah juga bila orang kaitkan badan berisi dengan bahagia. Berisi tapi membahayakan kesihatan buat apa. Anda dan suami sepatutnya sama-sama jaga makan dan bersenam. 

Foto – AltPhotos
#5 Patuh

Kalau dulu cakap mak ayah boleh langgar, macam mana pula dengan suami? Ingat ya hendak atau tak anda kena patuh setiap kata dia. Ubah sikap melawan, keras kepala dan bercakap kasar kamu itu. Boleh? 

Sebelum hendak kahwin, lengkapilah diri kamu dengan ilmu rumah tangga, agama dan penjagaan diri kalau tak banyak pun tak apa, sedikit pun dah boleh. Janganlah kejar perkahwinan hanya semata-mata untuk menjadi halal. Kerana yang halal hubungan boleh jadi haram semula dengan pelbagai asbab.