Kecantikan memang milik setiap insan. Tipulah kalau tiada wanita yang tidak menginginkan untuk menjadi cantik. Kalau tidak kenapa ada yang sanggup membahayakan nyawa melakukan bermacam pembedahan ngeri demi mendapatkan kecantikan plastik. Tapi itu kalau sudah terlalu ekstrem untuk kelihatan cantik dimata manusia semata-mata.
Selain itu ada juga bermatian mencari wang ringgit hanya untuk membeli produk-produk kecantikan yang mencapai harga puluhan ribu ringgit. Jika lakukan rawatan medispa itu boleh dikira masuk dek akal lagi tapi kalau sanggup melabur ratusan atau ribuan ringgit pada bedak asas. Apa pendapat anda?
Jangan terkejut, di dunia ini terdapat jenama-jenama mekap mewah mengeluarkan foundation dengan harga yang mengeringkan poket beg tangan anda. Jom kita periksa, siapalah yang jual mahal sangat setakat bedak asas. Hmmm..
#1 La Mer The Soft Fluid Long Wear Foundation SPF 20
Harga: RM451
Hasil penggunaan bedak asas, kulit tampil lebih sihat dan merawat penuaan serta memberi hidrasi terbaik. Siapa pakai foundation ini kulit memang nampak cantik.
#2 Sisley Paris Phyto Teint Eclat Fluid Foundation
Harga: RM500
Sentuhan formula floral dalam bedak asas sisley boleh mengurangkan kedutan dan garis halus.
#3 Chanel Les Beiges Ultimate Sublimage Le Teint Ultimate Radiance Generating Cream Foundation
Harga: RM533
Katakanya bedak asas dari Chanel mempunyai ramuan dari serbuk berlian. Amboi…
#4 La Prairie Skin Caviar Concealer + Foundation SPF15
Harga: RM922
Menggunakan ekstra caviar bagi membantu kulit tampak lebih halus dan tegang walaupun hasil natural touch.
#5 Cleau de Peau Beaute The Foundation
Harga: RM1025
Tengok bekas pun dah tahu betapa mewahnya foundation ini. Diadun dengan bahan Illuminating Complex EX dimana dikatakan mampu memperbaiki tekstur kulit dan beri hidrasi kulit dalam satu masa.
So…how? Kamu semua berminat tak untuk beli foundation diatas? Hehehe~