Tips - Kesihatan

Ni Cara Nak Bantu Orang Yang Ada Masalah ‘Anxiety’

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Ni Cara Nak Bantu Orang Yang Ada Masalah ‘Anxiety’

Normal untuk setiap orang mempunyai rasa risau, was-was dan gelisah tapi tidak normal untuk mereka yang terlampau memikirnya. Jangan terkejut ramai dikalangan orang muda kini paling tinggi mengalami masalah kerisauan melampau. Ini kerana kesan daripada perubahan gaya hidup yang lebih pantas dan persaingan tanpa batasan. 

Anxiety atau rasa risau adalah respon semulajadi pada tubuh badan ketika berlaku tekanan. Ia adalah rasa takut dan bimbang tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya melibatkan situasi atau perkara sekeliling yang hanya menunggu waktu atau keputusan. 

Terdapat beberapa jenis kerisauan yang dialami oleh setiap individu, ada yang normal, sederhana dan melampau. Wanista ingin merujuk tentang kebimbangan melampau yang hingga boleh membahayakan kesihatan

Tanda-tanda anda mungkin mengalami kerisauan melampau ialah:

#1 Cepat rasa panik

Anda mula rasa gelisah sehingga menyebabkan jantung berdegup kencang dan nafas pendek. Ada sesetengah orang boleh jatuh pengsan jika mengalami serangan panik ini. 

#2 Sukar tidur

Bila timbul masalah, anda terlalu banyak berfikir sampai menganggu waktu tidur. Biasanya penghidap anxiety tidak mendapat tidur yang cukup serta sentiasa keletihan sepanjang hari. 

#3 Kerap bercakap tentang perkara yang sama

Tanpa anda sedar, anda berulang-ulang kali bercakap tentang topik yang sama. Yakni topik atau perkara yang memberi rasa bimbang kepada diri anda. Selagi perkara itu belum selesai, selagi itulah anda tidak henti menyebutnya. 

Foto – www.self.com

Nak rawat rasa kerisauan melampau?

Seperti yang Wanista maklum diatas, normal untuk kita semua punya rasa bimbang atau risau tapi bukan dengan kadar melampau. Cara paling baik untuk mengatasi masalah ini tanpa ubat atau terapi ialah dengan mengubah gaya hidup kita. 

Cuba baiki cara tidur, pengambilan makanan, digalakkan bersosial dengan individu yang positif atau lebih banyak berinteraksi dengan keluarga dan sahabat. Cari masa untuk anda berkomunikasi dan meluahkan rasa kebimbangan. Seeloknya jangan dipendam kerana ia boleh mempengaruhi emosi sehingga menyebabkan tekanan. 

Foto – Everyday Health

Selamat beramal dan ingat masa anxiety boleh membawa kepada depression. Berjaga-jagalah! 

RUJUKAN 1 &

BACA  Tak Ada Ubat, Ni Yang Kamu Patut Buat Bila Terkena Ruam Gegata