Kecantikan

Nak Rambut Sihat, Tukar Ke Syampu “Ryo” No.1 Pilihan Gadis Korea

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Nak Rambut Sihat, Tukar Ke Syampu “Ryo” No.1 Pilihan Gadis Korea

Ryo, jenama syampu terkemuka dari Korea Selatan kini tersedia di Watson seluruh negara. Dikenali kerana menggunakan herba tradisional sebagai bahan utama, Ryo boleh didapati dalam rangkaian Hair Loss Care, Damage Hair and Dandruff, dan Scalp Deep Cleansing.

Keunikan Ryo?

Foto – Arkib Wanista

Menggunakan ‘Yin’ dan ‘Yang’ sebagai asas penggubalan rawatan Ryo, Yin diwakili oleh Ryo (sifat dalaman) yang merupakan kulit kepala sementara Yang diwakili oleh Yul (permukaan) yang merupakan rambut. Ryo percaya bahawa mencapai keseimbangan yang harmonis antara ‘Yul-Ryo’ adalah penting dalam mencapai rambut berkilat yang sihat tetapi masalah rambut harus ditangani terlebih dahulu dari Ryo yang merupakan kulit kepala. Oleh itu, rawatan Ryo tetap fokus pada kulit kepala.

Foto – Arkib Wanista

Keberkesanan produk Ryo berpunca daripada penggunaan ramuan oriental serta ramuan tumbuhan semula jadi. Untuk Hair Loss Care, ramuan teras menggunakan Ginseng manakala Damage Hair and Dandruff menggunakan bunga Jeju Camellia. Untuk Scalp Deep Cleansing pula menggunakan dan pudding sebagai bahan utamanya.

Produk Ryo sudah tersedia di semua Watson Malaysia. Info lanjut, boleh ke Facebook RyoHair Malaysia.

BACA  4 Kesalahan Contouring Yang Mungkin Anda Kerap Lakukan