Bersempena tahun Baru Cina 2019, restoran ayam goreng terkemuka yang berasal dari Singapura, 4Fingers tampil dengan menu hebat yang bukan sahaja pedas namun memiliki keenakaan yang tidak terkata dengan adanya ramuan campuran berupa rempah dan sos istiemwa, ayuh nikmati Firecracker Chicken bersama teman dan keluarga!
Hanya menggunakan seleksi rempah ratus segar seperti jintan dan lada Szechuan, ayam empuk dan rangup di luar ini boleh dipilih dari bahagian kepak dan drumstick, set hidangan Firecracker Chicken ini juga boleh ditambah dengan sajian sampingan berupa kentang goreng (fries) berperisa Kimchi mahupun rumpai laut!
Untuk pengetahuan semua, sos dan ramuan sapuan untuk ayam tersebut dicipta istimewa untuk sambutan perayaan tahun ini bahkan telah mendapat sentuhan chef selebriti Bjorn Shen.
Jangan ketinggalan untuk merasa sendiri keenakan Firecracker Chicken di semua cawangan 4Fingers seluruh Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
Harga Ala Carte adalah serendah RM15 manakala RM19.70 untuk hidangan set. Boleh rujuk harag penuh dan senarai menu hidangan Firecracker Chicken di bawah:-
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/gimme4fingers].