Info Menarik

Kini Bergelar Model, Gadis Sindrom Down Bukti Boleh Berjaya Seperti Orang Normal

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Kini Bergelar Model, Gadis Sindrom Down Bukti Boleh Berjaya Seperti Orang Normal

Betullah perumpaan “tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Tiada siapa yang tahu dengan pasti untung atau malang nasib seseorang. Perkara ini terjadi pada seorang gadis muda yang menghidap Sindrom Down, hanya gambar biasa, dia kini memulakan karier seorang model berjaya.

Foto – georgiafurlan.oficial

Bermula dengan hanya berkongsi gambar biasa yang dimuat naik oleh ibunya Rubia, telah bertukar menjadi permulaan kerjaya untuk Georgia Traebert berusia 14 tahun dari Curitiba, Brazil. Georgia bukan model biasa, dia penghidap Sindrom Down dan membuktikan bahawa keadaan itu tidak menjadi penghalang untuk mencapai impian.

Foto – georgiafurlan.oficial

“Hari ini Georgia telah menandatangi dengan lima agensi pemodelan tetapi media sosial seperti Instagram dan Facebook menjadikan dia dikenali di seluruh dunia. Georgia baru sahaja membuat komersil untuk jenama terkenal di Brazil dan memperagakan salah satu rekaan barangan kemas terbesar di Brazil, ” jelas Rubia.

Foto – georgiafurlan.oficial

Akaun Instagram Georgia kini mempunyai lebih daripada 50k pengikut, dan dia menjadi terkenal di negaranya.

Sejak kecil lagi Georgia sentiasa berminat dengan fesyen dan peragaan, dia terpaksa bergelut sebagai seorang kanak-kanak untuk menyesuaikan diri di sekolah, kurang keyakinan diri serta kesepian, tetapi kini dia berjaya membuktikan dia boleh berjaya seperti individu normal.

Foto – georgiafurlan.oficial
Foto – georgiafurlan.oficial

Apapun semoga berjaya Georgia!

RUJUKAN

BACA  Intip Keagungan Masjid Tokyo Camii, Lokasi Pernikahan Penyanyi Syahrini Dan Suami