Tidak mengejutkan seandainya Datuk Siti Nurhaliza memiliki lebih ramai pengikut di akaun media sosialnya melihatkan status diri serta keperibadiannya yang boleh dianggap antara selebriti paling mesra dan ramah tatkala berhadapan dengan umum.
Baru-baru ini kecoh apabila beliau memiliki kumpulan pengikut hampir 6 Juta di akaun Instagram. Ini sekaligus telah mengalahkan Neelofa yang popular kerana gaya fesyen ikonik serta kejayaan yang banyak diraihnya sejak kebelakangan ini. Namun, Neelofa hanya memiliki pengikut seramai 5,987,284 iaitu berbeza sekitar 5, 231 pengikut daripada @ctdk yang mendahului dengan angka 5,992,515 pengikut.
Menurut laporan Harian Metro, Siti menjelaskan bahawa beliau memang tidak menyangka akan hal itu namun media sosial seperti Instagram diakui banyak memberi manfaat untuk dirinya menjalankan perniagaan, memperkenalkan produk jualannya kepada umum, selain merupakan medium terbaik bagi dirinya untuk lebih mendekati peminat.
“Ketika membuka akaun Instagram, apa yang difikirkan adalah untuk mengikut perkembangan teknologi dan memudahkan komunikasi antara saya dengan peminat serta mempromosikan produk atau perniagaan saya”, jelas Siti.
Mengikuti di belakang Datuk Siti Nurhaliza dan Neelofa adalah Nora Danish dengan 5,770,012 pengikut serta pelawak tanah air, Zizan Razak dengan 5,607,416 pengikut.
Apa-apa pun, penulis memang pernah berjumpa Siti Nurhaliza secara depan-depan sewaktu hadir sendiri ke rumahnya untuk sebuah acara. Dia memang lemah-lembut orangnya dan senang berinteraksi dengan media. Langsung tak sombong tau! Memang layak pengikutnya ramai dengan keperibadian yang sebegitu rupa.
Sebagai seorang figura terkemuka, kita haruslah ramah dan pandang semua orang sama rata betul tak? Baru orang sayang. Taniah CTDK ❤️