Fesyen

Asics Pavilion KL Tawar Lebih Banyak Pilihan Moden Yang Gemar Gaya Jalanan

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Asics Pavilion KL Tawar Lebih Banyak Pilihan Moden Yang Gemar Gaya Jalanan

ASICS Malaysia baru-baru ini tampil dengan kelainan apabila melancarkan gedung baharu mereka yang berlokasi di pusat membeli-belah terkemuka Pavilion Kuala Lumpur.

Meliputi kawasan seluas 2,360 kaki persegi, gedung ini menyediakan beberapa seksyen teratur bagi memudahkan pelanggan mencari keperluan sukan mereka. Lebih menarik, item-itemnya boleh dikatakan mampu milik bahkan, seleksi pilihan yang ada juga lebih moden daripada terdahulu.

Foto -Arkib Wanista

Dari pelbagai rekaan kasut sukan dan sneakers hinggalah kepada helaian pakaian ranggi berbentuk Baju-T, jersi dan hoodie, Asics cawangan Pavilion KL menawarkan pembaharuan bagi mereka yang sering mengamalkan gaya hidup aktif dalam keadaan palinng bergaya.

Foto -Arkib Wanista

Selain itu, tarikan baharu dipanggil “Foot ID” turut diketengahkan di Asics Pavilion KL bagi membuka peluang kepada pelanggan yang berminat untuk memeriksa kaki mereka di bilik khas sebelum ditawarkan dengan pilihan-pilihan kasut tertentu yang bersesuaian dengan keadaan kaki.

Sumber: Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/ASICS-Malaysia].

Alamat: Asics Pavilion KL, Level 5, Lot 5.19.00 & 5.20.00.

BACA  Koleksi "Babylon" Alia Bastamam Imbau Gaya Megah Puteri Zaman Lampau