Berita & Isu Semasa

Peserta Miss Intercontinental Dikecam Tiru “Bulat-Bulat” Gaya Miss Universe Catriona Gray

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Peserta Miss Intercontinental Dikecam Tiru “Bulat-Bulat” Gaya Miss Universe Catriona Gray

Miss Universe 2018 menjadi milik jelitawan Filipina Catriona Gray.

Selain rupa paras menawan dan bijaksana, Catriona dikenali dengan gaya jalannya yang ikonik dipanggil ‘lava walk’. 

Foto – GMA Network

Siapa sangka gaya Catriona Gray itu menjadi inspirasi atau sememangnya ditiru oleh peserta Miss Intercontinental ketika pertandingan akhir yang berlangsung baru-baru ini. Dua peserta dari Vietnam dan Thailand dikatakan telah meniru Catriona dari gaun, rambut sehingga ke gaya jalan.

Keadaan itu telah membuatkan netizen terpanggil memberi komen mengenai persembahan Miss Vietnam, Ngan Anh Au Le, yang hampir mereplikasi persembahan gaun petang Catriona ketika Miss Universe 2018.

BACA  Budak Lelaki 11 Tahun Ni Bakal Warisi Harta Jutaan Ringgit Karl Lagerfeld

Anda boleh lihat Miss Vietnam bukan sahaja meniru gaya jalan bahkan gaun serta rambut juga. Ini inspirasi, kebetulan atau sememangnya tiru?

Miss Thailand, Ingchanok Prasart, pula melangkah dengan penuh bangga cuma gaya jalan dan lenggok juga ilham Catriona.

Tidak habis disitu, Facebook Miss Vietnam yang merupakan pemenang tempat kedua pula digeledah dan ramai terkejut melihat fesyen gadis muda ini seakan meniru ‘bulat-bulat’ Catriona. Aduhai….

Foto – Facebook
Foto – Facebook

Kalau semua benda mahu meniru, apa kelainan dan keunikan yang mahu ditonjolkan? Kesian…

RUJUKAN : 12