Teknologi

Gadis Genius Ini Viral DIY Anting-Anting Airpods

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ā¤ļø
Gadis Genius Ini Viral DIY Anting-Anting Airpods

Wanita dan aksesori barang kemas memang sukar hendak dipisahkan. Meskipun ramai yang berhijab terutamanya wanita di Malaysia, perhiasan umpama anting-anting masih relevan untuk digayakan sebagai perhiasan ranggi yang di sangkut di bahagian telinga luar tudung. Pokoknya, jika kita yakin diri, pakai apa pun pasti nampak kena.

Baru-baru ini, viral di Twitter apabila seorang gadis bertindak bijak tampil dengan solusi mengubah sepasang alat pendengaran untuk peranti iPhone miliknya iaitu AirPods menjadi anting-anting trendy!

BACA  Pengguna Iphone Tercabar! 5 Sebab Telefon Pintar RM449 Realme C1 Dipuji

Berbeza dengan headphones atau earphones yang pengkalnya dilengkapi wayar untuk disambungkan ke peranti sebelum boleh berfungsi, AirPods memiliki rekaan futuristik yang tidak memiliki wayar sebaliknya hanya berupa dua unit penyumbat telinga yang kemudian boleh dicaj semula dan disambungkan ke peranti menerusi gelombang Bluetooth.

Sumber: Pinterest

Walau bagaimanapun, taktik untuk gadis yang dikenali dengan nama Gabriella Reilly itu sememangnya boleh diguna pakai oleh kebanyakan wanita lain dii luar sana bagi mengelak kehilangan AirPods yang harganya menjangkau RM649 sepasang.

Merupakan inovasi berguna untuk peminat muzik segenap dunia, Gabriella yang baru berusia 22 tahun memberithau Buzzfeed News bahawa rekaan anting-anting AirPods yang dibuatnya itu adalah jenis mudah laras di mana, pengguna boleh menanggalkan rantai anting-anting daripada badan AirPods jika tidak mahu memakainya sebagai anting-anting.

Sumber: deadanimemom.myshopify.com

Bagi yang berminat, Gabriella ada menjual sett rantai anting-anting yang boleh dipakaikan ke AirPods diberi nama Airings pada harga RM82.20 sepasang. Pelanggan juga boleh menempah mengikut ukuran panjang rantai yang mereka mahu. Boleh lihat [DI SINI].

Susah-susah DIY je sendiri kat rumah… Di Daiso, Mr. DIY dan kedai-kedai kelengkapan barangan kraf ada menjual besi-besi rantai untuk membuat barang kemas seperti jangkuk anting-anting dan lain-lain.

SUMBER 1, 2