Ada yang gemar mengumpul mekap bukan kerana obses menggunakan kosmetik tersebut sehingga habis tetapi membeli hanya kerana terpesona dengan keunikan dan keindahan kotak pembungkusannya? Kalau ya, kamu mungkin mahu mengetepikan bajet untuk mendapatkan koleksi mekap terkini yang menampilkan karakter permainan comel dari Jepun, Disney Tsum Tsum yang berkolaborasi dengan rangkaian kosmetik terkemuka asal Thailand iaitu Cathy Doll.
Hanya dijual di cawangan serta gedung atas talian Guardian Malaysia, terdapat lebih 16 item solekan berupa lip tint, krayon pemerah pipi, bedak kompak, celak, pensil kening, palet pembayang mata dan banyak lagi khas buat pengguna yang gemarkan rona-rona hangat seperti oren dan merah.
Produk kosmetik Disney Tsum Tsum x Cathy Doll bukan hanya ditawarkan buat yang gemar bersolek semata tetapi memberi peluang buat semua untuk turut serta mengumpul barang mekap comel yang dihiasi pelbagai karakter Disney dari Mickey Mouse hinggalah kepada karakter Puteri Disney pujaan ramai seperti Elsa dan Anna.
Sejak dilancarkan pada 2013, permainan Disney Tsum Tsum x Cathy Doll berupa patung lembut yang disusun decara bertindih itu mendpaat perhatian ramai bahkan, ianya juga telah terjual lebih jutaan unit bagi yang meminatinya. Seperti yang kita tahu, orang Jepun memang gemar mengumpul item-item kawaii dan perkataan “Tsum Tsum” itu sendiri bermaksud “bertindih” atau “ditindih” dalam bahasa negara matahari terbit itu.
Bersempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Kekasih yang bakal tiba tidak lama lagi, hadiahkan koleksi Disney Tsum Tsum x Cathy Doll sebagai bingkisan istimewa buat mereka yang tercinta. Kesemua koleksiDisney Tsum Tsum x Cathy Doll ini boleh dibeli pada harga serendah RM35.90 hingga RM89.90.
Untuk keterangan lanjut sila klik [facebook.com/GuardianMalaysia] atau lawat laman sesawang rasmi Guardian Malaysia [DI SINI].