Hiburan

Penonton Keliru Zac Efron Jadi Watak Pembunuh Bersiri Adaptasi Kisah Benar

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Penonton Keliru Zac Efron Jadi Watak Pembunuh Bersiri Adaptasi Kisah Benar

Nama Ted Bundy memang terkenal dimana-mana sebagai antara pembunuh bersiri paling kejam yang melibatkan kurang lebih 30 anak gadis sekitar tahun 70-an dahulu.

Walau bagaimanapun, sejak filem adaptasi kisah benar tentang pembunuh itu mula dipromosikan hujung minggu lalu, nama Zac Efron tidak berhenti menjadi sebutan kerana netizen tidak melihat relavennya watak yang dipegang Zac itu dengan sifat Ted Bundy sebenar yang boleh dianggap kejam serta berhati batu.

Tonton Trailer “Extremely Wicked Shockingly Evil And Vile”

Menurut sumber, ramai beranggapan filem terbaharu arahan Joe Berlinger berjudul “Extremely Wicked Shockingly Evil And Vile” itu berat sebelah kerana tidak menampilkan keperibadian sebenar pembunuh Ted Bundy dan cuma melebih-lebih tentang sifatnya yang begitu romantik.

Antara gadis (foto kanan) yang menjadi mangsa rogol dan bunuh penjenayah bersiri yang kacak lagi romantik, Ted Bundy (foto kiri). Sumber: Pinterest

Ternyata, ramai yang terkeliru dan tidak faham bahawa tujuan asal pengarah Joe Berlinger mahu menghasilkan adaptasi yang hanya fokus kepada hubungan intim antara Ted Bundy dengan teman wanitanya, Elizabeth Kloepfer yang dimainkan oleh pelakon jelita Lily Collins.

Sumber: Variety

Untuk pengetahuan semua, sifat sebenar Ted Bundy memang tidak kelihatan langsung seperti penjenayah namun dia memang handal mengawal ekspresi wajahnya serta tutur cara kerana beliau adalah lepasan ijazah Undang-Undang dari University of Utah dan pernah mengambil jurusan Psikologi.

Ted Bundy secara individunya memang seorang yang tidak serius dan suka main-main. Sumber: Youtube

Dalam waktu lain, sewaktu hari perbicaraan, Ted Bundy juga pernah menukar keadaan dalam bilik mahkamah menjadi pesta hiburan apabila hadir dalam persalinan sut biru sambil memakai bowtie lalu berlakon menjadi penguamnya sendiri. Hakikatnya Ted Bundy memang seorang individu yang “gila-gila”, tidak sensitif dan ada antara pengkritik filem memberi reaksi postif terhadap filem “Extremely Wicked Shockingly Evil And Vile” lakonan Zac Efron dan Lily Collins.

BACA  5 Filem/Drama Wajib Tonton Kalau Suka Kisah Zombie... Semua Best!

Ternyata, Zac Efron sebenarnya telah berjaya membawakan watak menurut keperibadian sebenar Ted Bundy dan genre filem yang sepatutnya dianggap suspen ini, cuma mungkin tidak sepadan dengan jalan cerita yang cuba dibawakan. Mungkin Pengarah Joe Berlinger perlu menukar tajuknya agar tidak kedengaran begitu ekstrem kalau hanya mahu mendedahkan kisah percintaan antara Ted Bundy dan teman wanita yang hampir dikahwininya, Elizabeth Kloepfer.

BACA  MBO Buka Pawagam Baru Di Atria Shopping Gallery, Siap Ada Skrin LED!

Jangan salahkan Zac Efron ya, dia cuma melakonkan watak Ted Bundy seperti yang diminta.

SUMBER 1, 2, 3