Apa kelebihan pembersih solekan ini berbanding yang lain?
Perkenalkan SAFI Micellar Natural Cleansing Water rangkaian pembersih solekan “mesra kulit” diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi yang lembut dan membersihkan kotoran dengan satu sapuan.
Menariknya formula bahan semulajadinya membuatkan Pembersih Solekan SAFI Micellar ini amat sesuai digunakan terutamanya untuk membersihkan solekan di sekitar bahagian mata yang merupakan bahagian kulit yang nipis, sensitif, dan paling terdedah kepada masalah kedutan, jika kita menggunakan pembersih solekan yang tidak sesuai.
SAFI Micellar Natural Cleansing Water merupakan produk pembersih lembut berasaskan air yang jernih, menanggalkan solekan dan kotoran dengan efektif tanpa bilasan, disamping mengekalkan kelembapan dan menyihatkan kulit secara semulajadi. Ianya juga telah diuji secara dermatologi, bebas daripada SLES/SLS , minyak mineral, pewarna, alkohol, Paraben, Propylene Gylcol dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM.
Produk ini boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terpilih, dijual pada harga RM17.25 bagi botol bersaiz 200 ml.