Susahnya nak puaskan hati orang bila bab berfesyen.
Sedang berlangsung sekarang ialah Screen Actors Guild Awards (SAG) 2019, anugerah yang mengiktiraf para pelakon dan pihak produksi filem.
Dah nama pun majlis anugerah, sudah pasti laluan karpet merah yang dinantikan peminat seluruh dunia. Siapa mengenakan busana mengikut tema, siapa yang over-the-top, serba cantik sempurna bahkan yang terburuk juga. Kesian pula pada yang terburuk tapi nak buat macam mana, fesyen mereka memang tidak boleh diterima masyarakat umumnya bahkan FASHION POLICE.
Agaknya tahun ini siapa bintang yang tergolong dalam ‘worst-dressed’?
Lupita Nyong’o
Selalunya tersenarai untuk best-dressed tapi sayangnya kali ini beliau gagal. Rasanya kombinasi suit bersama dress tidak sesuai di mata ramai. Lupita tampak murah dan rambutnya juga cacamarba.
Alison Brie
Orangnya cantik tapi kenapa ada sayap besar di belakang, dah macam kelawar pula gamaknya. Lagi satu ikatan bow kelihatan tidak kemas sama sekali.
Rumer Willis
Tidak terkecuali anak perempuan Bruce Willis dan Demi Moore dalam sepersalinan dress rona merah. Anda lihat sahaja, dress tersebut kelihatan longgar dan besar seperti langsung tidak membuat ukuran badan.
Fiona Xie
Apa yang berlaku Fiona? From head to toe, gaya aktres Crazy Rich Asians kelihatan serba cacat. Dress boleh dilabel tangkap muat kelihatan ditampal last minute dengan fabrik murahan dan sesuai untuk majlis prom.
Aduhai kesian tengok gaya mereka. Patut stylist kena pecat kalau beginilah kerja mereka.
Siapa pula paling CANTIK? Tentu sahaja diva kesayangan ramai Lady Gaga. Gaga bak bidadari dalam gaun serba putih dari Dior Haute Couture.
Sekarang penulis obses dengan soundtrack filem A Star Is Born. Serius genius!
Agaknya siapa bakal menang pelakon dan filem terbaik? Adakah Lady Gaga, Bohemian Rhapsody, Rami Malek?